Pengumuman yang nak dibuat mesti besar, mungkin Isnin atau Selasa: PMX

July 19, 2025 · Politik

Rakyat akan menerima manfaat terbesar dalam pengumuman yang bakal dibuat pada masa terdekat, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata pengumuman yang akan dibuat kerajaan nanti adalah besar dan mampu meringankan kos sara hidup rakyat yang sedang dihadapi ketika ini.

“Masalah (yang dihadapi) negara kita adalah kos sara hidup. Nak naik gaji dan elaun penjawat awam RM10 bilion tahun ini, tahun depan tambahan RM18 bilion campur dengan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) RM13 bilion, jadi RM23 bilion.

“Kenaikan (kos sara hidup) bukan berlaku dalam negara kita sahaja, tetapi seluruh dunia namun saya (sedang) cari jalan dan ikhtiar.

“Setiap hari di Kementerian Kewangan bergelut cari (pendekatan) yang boleh diumum dalam masa singkat, mesti umum (nak) tangani kos sara hidup,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera, Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pengumuman yang bakal dibuat mungkin pada Isnin atau Selasa ini dan pasukannya di Kementerian Kewangan sedang dimantapkan bagi memastikan setiap lapisan rakyat akan gembira.

“Jadi tunggu, kalau tak Isnin, Selasa ini. Dalam masa dua ke tiga hari lagi. Pengumuman yang nak dibuat mesti besar, sekarang kita nak bagi mantap dulu (apa yang hendak diumumkan), doa bagi elok-elok,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anwar dalam hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

Bagaimanapun tiada perincian dinyatakan apa bentuk pengumuman berkenaan.

Berita berkaitan
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
October 24, 2026· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
October 23, 2026· Isu semasa
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
October 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
3 jam lalu · Politik
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
3 jam lalu · Politik
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
3 jam lalu · Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
8 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok