Pentas dipasang penganjur himpunan 'Turun Anwar' di Dataran Merdeka.
Polis Kuala Lumpur (KL) menjelaskan entas yang didirikan penganjur himpunan pembangkang di Dataran Merdeka dialihkan kerana dipasang tanpa kebenaran dan didapati tidak dapat menjamin keselamatan.
Pemangku Ketua Polis KL, Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata tiada permohonan untuk memasang pentas kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibuat oleh pihak penganjur dan dibimbangi tidak selamat digunakan.
“Struktur pentas itu didapati tidak menjamin keselamatan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut tidak dimaklumkan jumlah individu yang akan berada di atas pentas berkenaan,” katanya dipetik laporan hari ini.
Mohamed Usuf berkata, berdasarkan permohonan penganjur, mereka hanya menyatakan penggunaan dua kenderaan pacuan empat roda sebagai pentas.
Terdahulu, penguat kuasa DBKL mengalihkan pentas berkenaan pada jam 11.20 pagi, menyebabkan penganjur menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda sebagai ganti.
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri