Seramai 13 lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang di sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, Perai pada Sabtu.
Serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, Perai, membongkar satu lagi kegiatan tidak bermoral yang melibatkan penuntut universiti dan warga emas.
Seramai 13 lelaki telah ditahan dalam operasi pada Sabtu itu oleh pihak polis kerana terlibat dalam aktiviti songsang melibatkan sesama jenis jantina.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, serbuan kira-kira pukul 7 malam itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bersama pasukan operasi pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
“Sembilan lelaki tempatan dan dua warga asing yang berusia antara 19 hingga 66 tahun, yang merupakan pelanggan premis, telah ditahan.
“Selain itu, dua lelaki tempatan berusia 57 dan 59 tahun, dipercayai pengusaha dan pekerja premis, turut ditahan untuk siasatan,” jelas beliau dalam kenyataannya pada Ahad.
Ketika serbuan dilakukan, beberapa lelaki berkenaan dilaporkan sedang melakukan aktiviti sauna dan hanya berpakaian dalam.
Pemeriksaan lanjut menemui barang bukti seperti kondom, minyak pelincir, serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk kegiatan songsang tersebut.
“Pemeriksaan turut menemui kondom, minyak pelincir dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tidak bermoral tersebut. Telefon bimbit milik tangkapan yang mengandungi klip video lucah juga telah dirampas,” tambah Helmi.
Beliau mendedahkan premis terbabit, yang beroperasi di tingkat dua dan tiga sebuah bangunan kedai, dilengkapi dengan ruang rehat, sauna, dan partisyen.
Premis itu dipercayai telah dijadikan tempat untuk aktiviti hubungan songsang dan aktif beroperasi sejak dua bulan lalu.
“Siasatan mendapati premis perniagaan itu dijadikan tempat untuk kegiatan hubungan songsang dan ia dipercayai aktif sejak dua bulan lalu,” ujarnya.
Semua suspek telah direman selama enam hari sehingga 5 Disember bagi membantu siasatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 373/377B, Seksyen 377B dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Ujian air kencing ke atas semua suspek didapati negatif manakala seorang daripadanya mempunyai satu rekod jenayah lampau.
Polis menggesa orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral untuk membolehkan tindakan tegas diambil.
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
PMX temui Mufti Besar India, fokus usaha perkukuh keharmonian agama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum