Penyedia platform media sosial akan diwajibkan sekat akses pengguna bawah 16 tahun

December 4, 2025 · Isu semasa

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini giat membangunkan 10 perundangan subsidiari di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak dalam alam siber.

Langkah tersebut termasuk sekatan akses kepada platform media sosial bagi pengguna di bawah 16 tahun.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memberitahu pemberi perkhidmatan mempunyai tanggungjawab langsung untuk melaksanakan sekatan tersebut.

“Pemberi perkhidmatan bertanggungjawab memastikan platform mereka tidak boleh diakses oleh pengguna di bawah umur 16 tahun dan wajib memastikan kandungan yang dipaparkan kepada pengguna di bawah umur 18 tahun adalah bersesuaian,” jelas beliau dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Menurut Fahmi, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan keselamatan ekosistem rangkaian internet.

“Kesemua undang-undang yang telah digubal ini adalah usaha berterusan Kerajaan memastikan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna, terutamanya untuk kanak-kanak dan keluarga serta golongan rentan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mengenai kesediaan kementerian menggubal undang-undang berkaitan sekatan media sosial untuk remaja.

Selain sekatan umur, pemberi perkhidmatan juga diwajibkan menyediakan tetapan kawalan ibu bapa yang efektif serta melaksanakan langkah verifikasi umur.

Bagi memastikan ketelusan, mereka perlu menyediakan pelan keselamatan dalam talian yang menggariskan pematuhan kewajipan di bawah Akta 866.

Fahmi turut menyentuh mengenai rangka kerja pelesenan di bawah Akta 588 yang mewajibkan penyedia perkhidmatan media sosial mendapatkan lesen, sekali gus memastikan mereka bertanggungjawab dalam kawal selia kandungan dan pengurusan algoritma.

“Kerangka ini disokong oleh Kod Tatalaku yang menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak daripada kandungan memudaratkan,” tambahnya.

Keseluruhan inisiatif ini diharap dapat mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih terkawal dan melindungi keselamatan pengguna muda.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
MCMC, Imigresen perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan
August 18, 2026· Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
August 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok