Sambutan Hari Peneroka ditangguh atas permintaan kerajaan Johor sendiri? – Sumber

June 17, 2026 · Isu semasa

Tular di media sosial surat penangguhan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 sehingga mencetuskan dakwaan bahawa kerajaan negeri menerima arahan untuk membatalkan program berkenaan.

Bagaimanapun, sumber memaklumkan kronologi sebenar menunjukkan cadangan penangguhan itu datang daripada pihak kerajaan negeri sendiri sebelum surat rasmi FELDA dikeluarkan.

Menurut sumber yang mengetahui urusan berkenaan, hasrat untuk membatalkan atau menangguhkan program itu terlebih dahulu dimaklumkan oleh pihak Pejabat Menteri Besar Johor sebelum surat rasmi penangguhan dikeluarkan oleh FELDA Wilayah Segamat.

Difahamkan, pada petang 15 Jun, Pengarah FELDA Wilayah Johor Bahru menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai yang ditempatkan di Pejabat Menteri Besar Johor memaklumkan mengenai hasrat Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi untuk membatalkan program berkenaan.

Susulan itu, Pengarah FELDA Wilayah Johor Bahru dikatakan menghubungi Pengarah FELDA Wilayah Segamat bagi memaklumkan perkara tersebut dan meminta jemputan kepada program berkenaan dimaklumkan agar ditangguhkan.

Berikutan perkembangan itu, Pengarah FELDA Wilayah Segamat mengeluarkan surat bertarikh 16 Jun yang memaklumkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 21 Jun di FELDA Ulu Belitong ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Semakan terhadap surat yang tular itu menunjukkan dokumen berkenaan hanya memaklumkan mengenai penangguhan program tanpa menyatakan sebarang sebab di sebalik keputusan tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pihak di media sosial didakwa membuat tafsiran kerajaan negeri menerima arahan daripada pihak lain untuk membatalkan program tersebut.

Sumber berkata, tanggapan itu tidak selari dengan kronologi sebenar kerana cadangan penangguhan berkenaan datang daripada pihak kerajaan negeri sebelum tindakan susulan diambil oleh FELDA.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi yang menjelaskan sebab penangguhan program berkenaan.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Zahari Sarip dilaporkan berkata pihaknya dimaklumkan bahawa sambutan berkenaan tidak dapat diteruskan pada saat akhir.

Beliau berkata kerajaan negeri telah membuat pelbagai persiapan bagi menjayakan program tersebut yang dijangka menghimpunkan lebih 5,000 warga FELDA daripada 73 tanah rancangan di seluruh Johor.

Antara pengisian yang dirancang termasuk penyerahan hak milik kepada 210 peneroka, program pembangunan komuniti, pameran agensi, aktiviti belia dan keluarga serta pelbagai inisiatif kebajikan.

 

Berita berkaitan
Khabar angin letak jawatan Menteri Besar, Ismail tampil beri penjelasan
October 27, 2026· Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026· Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
October 22, 2026· Politik
Lantik MB baharu jika kemelut Negeri Sembilan berlarutan: Peguam
October 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
3 jam lalu · Isu semasa
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
22 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
October 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok