Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX

June 24, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim mengakui usaha kerajaan untuk membersihkan negara daripada amalan rasuah dan budaya komisen bukan tugas mudah apabila berdepan tentangan daripada pelbagai pihak yang sudah lama selesa dengan sistem berkenaan.

Perdana Menteri berkata, cabaran itu bukan sahaja datang daripada masyarakat biasa, malah turut melibatkan kelompok elit, penguasa dan golongan berkepentingan yang enggan menerima perubahan yang dilaksanakan kerajaan.

Menurutnya, fenomena yang sering disebut sebagai ‘resistance to change’ atau keengganan menerima perubahan menjadi antara penghalang utama kepada usaha reformasi pentadbiran dan peningkatan integriti dalam sektor awam.

“Ambil tindakan rasuah, mengamuk; nak bersihkan negara, bangkang; nak minta orang kerja dengan lebih baik ada protes.

“Protes nak bawa ketua jabatan yang nampak lebih cekal, lebih tegas, kena sailang. Ini yang disebut ‘resistance to change’,” katanya ketika berucap pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama warga perkhidmatan awam Zon Selatan di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CReATE) hari ini.

Anwar berkata, tanggapan penentangan terhadap perubahan hanya berlaku dalam kalangan masyarakat luar bandar atau mereka yang kurang mendapat pendedahan adalah tidak tepat.

Sebaliknya, Anwar berkata keengganan menerima perubahan turut berlaku dalam kalangan golongan elit yang telah lama terbiasa dengan amalan rasuah dan komisen.

“Apakah bantahan terhadap langkah perubahan itu hanya berlaku di desa? Ada juga orang faham begitu.

“Kadang-kadang dalam kalangan elit pun, orang dah biasa. Penguasa, pembesar-pembesar biasa dengan amalan rasuah dan komisen. Dia tak mahu perubahan,” katanya.

Beliau menegaskan budaya menolak perubahan perlu diatasi sekiranya Malaysia mahu terus maju, dihormati dan memiliki sistem pentadbiran yang berintegriti.

Menurut Anwar, kejayaan reformasi pentadbiran memerlukan keberanian politik serta sokongan padu rakyat dan penjawat awam bagi memastikan usaha memperkukuh tatakelola negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Katanya, kerajaan komited meneruskan agenda pembaharuan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta membanteras amalan yang menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

Sejak menerajui pentadbiran negara pada penghujung 2022, kerajaan pimpinan Anwar meletakkan agenda tadbir urus baik, ketelusan dan pembanterasan rasuah sebagai antara keutamaan utama.

Langkah itu termasuk memperkukuh institusi penguatkuasaan serta meningkatkan akauntabiliti dalam pengurusan kerajaan.

Anwar berkata beliau mahu membuktikan rakyat Malaysia mempunyai kemampuan untuk mentadbir negara secara bersih dan berintegriti, sekali gus mengangkat kedudukan Malaysia sebagai negara yang dihormati di peringkat antarabangsa.

Berita berkaitan
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
2 jam lalu· Politik
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
7 jam lalu· Politik
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
8 jam lalu· Isu semasa
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
June 24, 2026 · Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
June 24, 2026 · Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
June 24, 2026 · Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
3 jam lalu · Politik
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok