Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor

June 24, 2026 · Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ahmad Maslan menggesa rakan sejawatnya, Mohd Puad Zarkashi supaya bersabar dan terus memberi tumpuan kepada usaha membantu kempen Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Ahmad atau dikenali Mat Maslan berkata, menghormati Puad sebagai rakan seperjuangan lama dalam UMNO dan percaya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu mampu membuat keputusan terbaik demi kepentingan parti dan perjuangan.

“Mohd Puad Zarkashi adalah kenalan lama saya. Saya sangat hormat kepada beliau sebagai rakan seperjuangan. Dalam Mesyuarat MKT beliau selalu bercakap, saya juga begitu, suka memberi pandangan.

“Mengenai pandangan terkini beliau mengenai calon PRN Johor, saya harap beliau bersabar. Ini satu cabaran dalam perjuangan. Politik ini adalah larian maraton yang panjang, bukan larian 100 meter,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad turut berkongsi pengalaman politiknya sendiri yang mengambil masa lebih dua dekad sebelum diberi peluang menjadi calon pilihan raya.

“Selama 22 tahun setia dan gigih berjuang, baru saya menjadi calon. Saya memahami mengenai larian maraton politik.

“Dr Puad sahabatku. Saya yakin saudara akan membuat keputusan yang terbaik demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Ayuh kita membantu berkempen membantu calon-calon BN di PRN Johor ini,” katanya.

Kenyataan Ahmad dibuat susulan spekulasi mengenai rasa tidak puas hati Puad terhadap pemilihan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.

Terdahulu, Puad memaklumkan akan membuat “pengumuman penting” pada 27 Jun ini, sekali gus mencetuskan pelbagai andaian berhubung kedudukannya dalam PRN Johor.

Menurut sumber, kepimpinan UMNO Johor sebelum ini memaklumkan Puad dijangka dikekalkan sebagai Speaker DUN Johor sekiranya BN terus membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya.

Bagaimanapun, beliau dikatakan kurang senang apabila cadangan calon yang dikemukakannya untuk menggantikan beliau di Rengit tidak dipersetujui kepimpinan negeri.

Sumber turut mendakwa UMNO Johor mempunyai pertimbangan tersendiri kerana terdapat calon lain yang lebih kanan dalam hierarki parti dan dilihat lebih sesuai untuk mewakili BN di kerusi berkenaan.

Spekulasi tersebut semakin hangat apabila Puad sebelum ini menyatakan terdapat sesuatu yang “tidak kena” dalam senarai calon BN bagi PRN Johor 2026.

Sebelum ini, Puad mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit atas faktor usia dan menegaskan sudah tiba masanya golongan muda yang terlatih serta berpendidikan diberi peluang mengambil alih peranan tersebut.

Berita berkaitan
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
June 24, 2026· Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
June 24, 2026· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
2 jam lalu· Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026 · Politik
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
3 jam lalu · Politik
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
7 jam lalu · Politik
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
7 jam lalu · Politik
Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok