Perjanjian ART dengan AS patuh Perlembagaan, tegas PMX

November 4, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah selari sepenuhnya dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri menekankan jaminan ini diperoleh setelah Jabatan Peguam Negara (AGC) terlibat secara mendalam dalam proses semakan dan kemudiaannya dibawa ke perbincangan Jemaah Menteri.

“Keputusan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri juga kemudiannya kita ubah suai setelah mendapat input daripada Jabatan Peguam Negara. Itu cara kita kerja,” jelas Anwar ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan itu menambah, walaupun Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjadi ketua rundingan, semua aspek seperti hal ehwal halal dan import turut melibatkan kementerian serta jabatan teknikal yang lain.

Namun, skop undang-undang keseluruhannya adalah di bawah bidang kuasa AGC yang turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Perjanjian yang ditandatangani pada 26 Oktober lepas itu juga dikatakan memberi jaminan terhadap kepentingan Bumiputera dan tidak meminggirkan undang-undang domestik negara.

Anwar turut menjelaskan satu peruntukan kritikal dalam perjanjian berkenaan.

“Saya nak sebut di sini satu peruntukan saja yang sangat penting, Seksyen 5, ‘Economic and National Security’.

“Peguam Negara bagi penjelasan, peruntukan ini komprehensif. Dia mengikat semua peruntukan lain,” ujarnya.

Beliau menekankan jika mana-mana perkara dalam perjanjian itu didapati menjejaskan keselamatan negara, Malaysia berhak untuk tidak menerimanya.

Mengenai tindakan sesetengah pihak yang membangkitkan isu ART di luar konteks, Anwar menyeru semua pihak agar berpegang kepada fakta.

Beliau menyatakan rasa kesal dengan tindakan membelakangkan fakta dan menggunakan sentimen agama untuk memburukkan isu ini.

“Kita gunakan peluang (kehadiran Presiden AS Donald Trump) untuk secara terbuka sebut mengenai Gaza. Bukan sekali, tiga kali secara terbuka… saya lakukan sedaya upaya saya untuk mempertahankan kepentingan Gaza dan Palestin,” tegasnya.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
10 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok