Permohonan pindah kes rasuah Shamsul Iskandar ditolak mahkamah

April 28, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah yang dihadapinya daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin memutuskan permohonan itu tidak memenuhi kehendak undang-undang di bawah Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah dan semasa penghakimannya menegaskan tiada alasan kukuh untuk membenarkan permohonan tersebut.

“Dengan kedudukan undang-undang yang jelas berhubung perkara ini, saya tidak melihat sebarang alasan untuk menyimpang daripada duluan kehakiman yang sudah ditetapkan… permohonan ini ditolak,” katanya dipetik laporan media.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan, manakala Shamsul Iskandar diwakili peguam Amer Hamzah Arshad.

Dalam permohonan yang difailkan pada Februari lalu, Shamsul Iskandar berhujah kes berkenaan melibatkan isu Perlembagaan dan persoalan undang-undang yang kompleks.

Beliau turut mendakwa pemindahan kes tidak akan memudaratkan mana-mana pihak, sebaliknya membantu memperjelas isu yang dibangkitkan.

Kes ini berpunca daripada pertuduhan yang dikenakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Disember 2025.

Shamsul Iskandar didakwa bersetuju menerima RM100,000 daripada seorang ahli perniagaan sebagai dorongan membantu mendapatkan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Selain itu, beliau turut didakwa menerima RM40,000 serta barangan seperti perabot dan kelengkapan elektrik bernilai puluhan ribu ringgit bagi tujuan sama.

Kesalahan itu didakwa berlaku di beberapa lokasi termasuk di Bukit Bandaraya, sekitar Jalan Sultan Hishamuddin di Kuala Lumpur serta di Putrajaya antara hujung 2023 hingga awal 2024.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan penerimaan wang lebih RM60,000 yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun pihak ketiga bagi tujuan sewaan rumah, juga berkait dengan urusan lesen mineral di Sabah.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda minimum lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
23 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR pertaruh Ketua AMK di Ayer Molek
October 31, 2026· Politik
Projek30% puji langkah PKR ketengah calon wanita di PRN Melaka, cadang kuota diwajibkan
October 30, 2026· Politik
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
October 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Derma palsu guna visual AI, orang ramai diminta berwaspada
November 2, 2026 · Isu semasa
Utusan Malaysia, Kosmo! rombak operasi, hampir 100 pekerja bercuti berbayar
November 2, 2026 · Isu semasa
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
13 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
13 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
23 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok