Perobohan kuil: Mufti Perlis gesa hormati undang-undang, jangan cetus sentimen

August 21, 2026 · Isu semasa

Isu perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi di Kangar perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang dan hak pemilikan tanah, bukan dijadikan bahan untuk membangkitkan sentimen agama atau perkauman.

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin berkata Malaysia mempunyai sistem perundangan yang perlu dihormati semua pihak, termasuk dalam urusan pemilikan dan penggunaan tanah.

Menurutnya, pembinaan rumah persendirian sekalipun tidak boleh dilakukan dengan menceroboh tanah milik pihak lain atau tanah awam, manakala rumah ibadat juga tertakluk kepada peraturan ditetapkan.

“Kita berada di negara yang ada undang-undang, bukan di hutan rimba yang tanah tiada pemilik.

“Sepatutnya, ahli Parlimen mengajar rakyat untuk mengikut undang-undang, bukan membina bangunan sesuka hati tanpa peraturan dan hak milik,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang menggesa Barisan Nasional (BN) menilai semula kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) susulan tindakan kerajaan Perlis merobohkan kuil berkenaan.

Rayer yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang mendakwa tindakan itu menimbulkan persoalan mengenai kemampuan PN menghormati kepelbagaian kaum dan agama sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

Rayer turut mengingatkan UMNO, MCA dan MIC supaya memberi perhatian terhadap isu itu, selain mendakwa hak penganut agama lain dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas perkara itu, Mohd Asri berkata, keharmonian masyarakat tetap perlu dipelihara dengan semua pihak menghormati hak penganut agama lain, termasuk kewujudan rumah ibadat yang dibina secara sah.

“Betapa banyak kuil yang sah wujud. Tidak disentuh pun oleh majoriti rakyat negara ini. Islam itu harmoni dan menghormati hak, walaupun tidak bersetuju.

“Namun, Islam juga tidak membenarkan manusia merampas atau mengambil tanah pihak lain tanpa alasan yang sah,” katanya.

Beliau turut menegaskan isu berkenaan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana parti politik kerana ia lebih kepada pelaksanaan peraturan serta kedaulatan undang-undang.

Mohd Asri pada masa sama mengingatkan semua pihak supaya tidak menggunakan isu tersebut untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama.

“Jangan bakar sentimen perkauman atau ketegangan agama. Buruk akibatnya nanti bagi negara ini,” katanya.

Isu Kuil Veeramakaliamman kini menjadi perhatian selepas tindakan perobohan di Bukit Lagi mencetuskan reaksi daripada beberapa pemimpin politik, dengan perdebatan tertumpu kepada soal hak rumah ibadat, pemilikan tanah dan pematuhan peraturan.

Berita berkaitan
Isu jenaka paderi, Noorazli mahu berdamai dan ikhlas mohon maaf
September 15, 2026· Politik
PAS jangan sibuk isu Taiwan, bahas Tabung Haji dulu: AMK
August 22, 2026· Politik
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
July 29, 2026· Politik
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
July 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
6 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
9 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
9 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
13 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok