Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama

October 5, 2026 · Isu semasa

Seorang pesara kerajaan kerugian RM367,950 selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 31 Julai lepas, mangsa berusia 70 tahun itu telah menerima mesej daripada seorang wanita bernama “Via” melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata suspek mendakwa telah tersilap menghantar mesej kepada lelaki tersebut yang disangka rakan kontraktornya dan berkenalan lebih lanjut dengan mangsa.

“Setelah berkenalan agak lama, suspek memujuk mangsa menyertai skim pelaburan untuk menjana pendapatan selepas pencen. Pada awalnya mangsa telah membuat tiga kali pelaburan dalam jumlah kecil dan mendapat pulangan dijanjikan.

“Setelah itu suspek mengarahkan mangsa membuat bayaran modal secara beransur-ansur ke beberapa akaun bank yang didakwa sebagai perantara bagi skim pelaburan tersebut. Mangsa yang percaya telah membuat 72 transaksi ke 13 akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM367,950 dari 22 Ogos hingga 30 Sept lepas menggunakan wang hasil jualan tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata suspek kemudiannya memaklumkan mangsa telah berjaya mendapat jumlah modal dan keuntungan melebihi RM800,000 hasil pelaburan tersebut yang disimpan di sebuah platform.

Bagaimanapun, beliau berkata untuk mengeluarkan wang tersebut, mangsa perlu membuat bayaran sebanyak RM80,765 sebagai yuran proses.

“Mangsa yang mengesyaki ditipu tidak membuat bayaran seperti diarahkan. Dia kemudiannya membuat laporan polis pada 11.49 pagi semalam,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
7 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: RM5 bilion perkukuh internet, RM142 juta untuk NADI
7 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
18 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
October 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
7 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
7 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
7 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
7 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok