Pesta dikait LGBT di Kelantan adalah program kesihatan, Menteri sahkan

July 22, 2025 · Isu semasa

Satu program yang di serbu polis Kelantan pada Jun lepas dikaikan dengan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), sebenarnya program kesedaran kesihatan berkaitan HIV.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu hantaran di aplikasi X malam tadi, ia bagi memberi reaksi balas dalam hantaran yang memintanya mempertahankan program kesedaran HIV itu.

Dalam jawapannya, Dzulkefly memuat naik terjemahan Bahasa Inggeris kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin semalam – yang juga dilampirkannya – berkenaan program tersebut.

Dalam kenyataan itu, Zaini menjelaskan bahawa program tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO tempatan, Sahabat, yang berada bawah pengawasan Yayasan Bantuan Aids.

Katanya, Sahabat telah menjadi rakan strategik Jabatan Kesihatan Kelantan sejak 2006 dalam melaksanakan program pendidikan kesihatan dan aktiviti lapangan yang mensasarkan kumpulan berisiko tinggi termasuk penagih dadah suntikan dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang HIV, jangkitan kelamin, dan Hepatitis C.

Dzulkefly juga menegaskan bahawa kerjasama antara Kementerian Kesihatan, jabatan kesihatan negeri, dan NGO kesihatan penting dalam mendekati kumpulan berisiko tinggi untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang strategi pencegahan, kepentingan diagnosis awal, dan manfaat rawatan awal.

“Kementerian Kesihatan tetap komited dengan pendekatan kesihatan awam yang mengutamakan pencegahan penyakit, intervensi awal, dan akses kepada rawatan untuk semua, selaras dengan dasar kesihatan negara mengikut nilai agama dan sensitiviti budaya,” tambahnya.

Pada 17 Jun, polis menyerbu program tersebut pada jam satu pagi dan merampas ubat HIV serta kondom.

Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat mendakwa operasi itu dijalankan berdasarkan maklumat awam dan risikan yang dikumpul oleh pasukan khas berikutan aduan tentang majlis bertemakan makanan yang dipercayai dianjurkan khas untuk komuniti gay.

Bagaimanapun, beberapa NGO menolak dakwaan bahawa program itu adalah “pesta gay”.

Berita berkaitan
Portal KKM ditutup sementara, tiada tanda kebocoran data kritikal
June 30, 2026· Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
June 27, 2026· Isu semasa
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan tanggung kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai: Fahmi
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
2 jam lalu · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
2 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok