RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari

August 27, 2026 · Isu semasa

Dua bekas pegawai kanan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk bekas pengerusi dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), direman tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan SPRM pada Khamis. Tempoh reman itu akan berakhir pada 2 September depan.

Kedua-dua individu berusia 60-an itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan diiringi pegawai penyiasat SPRM bagi proses permohonan reman.

Mereka sebelum itu ditahan kira-kira jam 4 petang Rabu ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM.

Peguam Abu Bakar Isa Rahmat memaklumkan anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009,” katanya ketika ditemui selepas prosiding.

Siasatan itu susulan pendedahan RCI TH yang antara lain meneliti isu pengurusan, tadbir urus serta keputusan yang dibuat dalam institusi berkenaan.

Sebelum ini, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH turut direman tujuh hari sehingga 27 Ogos bagi membantu siasatan berkaitan laporan sama.

Pada 14 Ogos lalu, SPRM menahan tujuh individu, termasuk seorang wanita, bagi membantu siasatan. Mereka terdiri daripada seorang bekas CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH.

Laporan RCI TH yang didedahkan pada 29 Julai lalu mengemukakan 25 syor utama bagi memperkukuh ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi itu.

Antara syor berkenaan ialah larangan terhadap ahli politik aktif daripada menganggotai Lembaga Pengarah TH bagi mengurangkan risiko campur tangan politik dalam pengurusan institusi berkenaan.

Isu itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menitahkan supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan secara menyeluruh.

Siasatan SPRM kini dilihat memasuki fasa lebih luas apabila beberapa bekas pegawai kanan dan individu berkaitan dipanggil serta ditahan untuk membantu siasatan.

Berita berkaitan
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
August 27, 2026· Isu semasa
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
August 27, 2026· Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
August 27, 2026· Politik
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
16 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
20 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
20 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
August 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok