PKR Sarawak bidas Rafizi sebagai ‘liabiliti’ kepada parti

March 31, 2026 · Politik

Ketegangan dalaman PKR kembali memuncak apabila kepimpinan PKR Sarawak menyifatkan Rafizi Ramli sebagai “liabiliti terbesar” kepada perjuangan reformasi parti itu.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Mahmud Epah berkata, kenyataan dan tindakan terbuka Rafizi kebelakangan ini tidak boleh lagi dipandang ringan kerana didakwa menjejaskan imej parti serta menggugat usaha reformasi yang diperjuangkan sejak sekian lama.

“Maruah parti tidak boleh terus digadaikan dengan polemik yang dicetuskan oleh individu yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukannya punca masalah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mendakwa tindakan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mengkritik parti secara terbuka boleh dianggap sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap mandat rakyat dan kepercayaan akar umbi.

“Tindakan memburukkan imej parti dan pimpinan secara terbuka adalah satu bentuk pengkhianatan. Segala ruang demokrasi dalam parti telah tersedia, namun memilih jalan konfrontasi hanya memberi peluru kepada musuh,” katanya.

Sehubungan itu, Mahmud menggesa Rafizi menghentikan tindakan yang dilihat sebagai sabotaj terhadap parti.

Malah, beliau turut mencadangkan agar Rafizi meninggalkan PKR sekiranya tidak lagi sehaluan dengan hala tuju parti.

“Jika beliau merasakan prinsipnya tidak lagi seiring dengan parti, adalah lebih bermaruah untuk beliau keluar. Kita tidak perlukan pimpinan yang menjadi beban kepada kelangsungan parti,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan konflik dalaman yang berlarutan berpotensi menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti PKR sebagai tunjang kepada Kerajaan Madani.

Mahmud menegaskan bahawa tiada mana-mana individu yang lebih besar daripada parti dan perjuangan reformasi.

“Fokus kita adalah membina negara, dan sesiapa yang menjadi penghalang kepada usaha ini akan ditentang habis-habisan,” katanya.

Berita berkaitan
PKR diingatkan kekal bersatu, elak perbalahan terbuka: Ramanan
3 jam lalu· Politik
Rafizi didakwa buat sabotaj dalaman PKR
7 jam lalu· Politik
Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor
7 jam lalu· Politik
Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
3 jam lalu · Politik
Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera
3 jam lalu · Politik
Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula
22 jam lalu · Politik
Rafizi disaran muhasabah diri, henti salahkan pihak lain: PKR Maran
April 4, 2026 · Politik
PKR tak lindung pihak salah guna kuasa: Fahmi
April 3, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok