PKR tak lindung pihak salah guna kuasa: Fahmi

April 3, 2026 · Politik

PKR mengambil pendirian tegas untuk tidak melindungi mana-mana pemimpin atau ahlinya yang terlibat dalam salah guna kuasa, kata Fahmi Fadzil.

Ketua Penerangan PKR itu berkata, Perdana Menteri merangkap Presiden PKR Anwar Ibrahim, telah memberi amaran keras tiada sesiapa, termasuk menteri, akan terlepas daripada tindakan jika terbukti melakukan kesalahan tersebut.

“Jangan pernah ambil kesempatan salah guna kuasa… bila diberi amanah, jangan dinodai.

“Kita dahulu berdepan dengan FRU untuk menentang penyalahgunaan kuasa, jangan pula sekarang kita benarkan perkara yang sama berlaku dalam kalangan kita,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Wilayah Persekutuan 2026 di Bandar Tun Razak.

PKR, yang lahir daripada gerakan reformasi akhir 1990-an, sejak awal membawa agenda menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran negara.

Justeru, Fahmi mengingatkan ahli parti agar terus berpegang kepada prinsip perjuangan tersebut walaupun kini berada dalam kerajaan.

Pada masa sama, beliau menasihatkan pemimpin parti supaya tidak terlalu selesa dengan kedudukan yang dipegang.

Katanya, perubahan gaya hidup secara mendadak tanpa penjelasan munasabah boleh menimbulkan persepsi negatif rakyat.

“Kita boleh berbeza pandangan, tetapi perlu disalurkan melalui saluran yang betul. Dalam keadaan negara berdepan cabaran ekonomi global, kita mesti bersatu hati,” katanya lagi.

Mengulas perkembangan lain, Fahmi memaklumkan perbicaraan kes saman fitnah yang difailkannya akan bermula Isnin depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan namanya daripada tuduhan menyalahgunakan masjid untuk kempen politik.

“Insya-Allah, saya dimaklumkan akan menjadi saksi pertama. Ini penting untuk membersihkan nama saya,” katanya.

Saman itu difailkan Fahmi secara berasingan pada 5 Sept 2023 terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, penceramah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani dan pemilik akaun Facebook N13 Kuang Mohd Fauzan Madzlan berhubung dakwaan kononnya Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

Berita berkaitan
Kerajaan perkukuh usaha hadapi krisis tenaga, lindungi rakyat: Fahmi
April 5, 2026· Isu semasa
PKR diingatkan kekal bersatu, elak perbalahan terbuka: Ramanan
April 5, 2026· Politik
Rafizi didakwa buat sabotaj dalaman PKR
4 jam lalu· Politik
Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
April 5, 2026 · Politik
Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera
April 5, 2026 · Politik
Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula
19 jam lalu · Politik
Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global
20 jam lalu · Politik
Rafizi disaran muhasabah diri, henti salahkan pihak lain: PKR Maran
April 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok