PM sambut positif penilaian IMF terhadap ekonomi Malaysia

December 20, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambut baik penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi ekonomi Malaysia dengan menegaskan fokus kerajaan adalah memastikan kestabilan ekonomi benar-benar memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Menurut Anwar, dalam landskap global yang semakin mencabar, pengurusan ekonomi tidak boleh terhenti pada aspek berhemah semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang adil serta keyakinan terhadap masa depan.

“Saya menyambut baik penilaian IMF terhadap ekonomi Malaysia. Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, keutamaan kita kini tertumpu kepada usaha memastikan kestabilan ekonomi bukan sahaja diurus dengan bertanggungjawab, tetapi turut dirasai rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, kerajaan akan terus mengurus kewangan awam secara berdisiplin dan mempercepat pelaksanaan pembaharuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 bagi memastikan pertumbuhan yang dibina adalah kukuh dan berdaya tahan.

“Matlamatnya ialah memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam penilaiannya, IMF memaklumkan Malaysia menunjukkan daya tahan ekonomi yang ketara walaupun berdepan ketegangan perdagangan global dan ketidaktentuan dasar antarabangsa.

Prestasi ini, menurut IMF, disokong oleh penggunaan dan pelaburan domestik yang kukuh, pertumbuhan pekerjaan yang berterusan serta kitaran peningkatan dalam sektor teknologi global.

Institusi kewangan antarabangsa itu turut menyatakan bahawa pencapaian Malaysia sebahagiannya mencerminkan dasar ekonomi yang mantap, dengan pihak berkuasa mengekalkan dasar makroekonomi dan kewangan yang berhemat.

IMF juga menambah, perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan Malaysia yang dimeterai pada Oktober lalu membantu mengurangkan ketidaktentuan kepada perniagaan serta pengguna di negara ini.

Penilaian positif itu dilihat sebagai isyarat keyakinan antarabangsa terhadap hala tuju ekonomi Malaysia, ketika kerajaan meneruskan agenda pembaharuan bagi memastikan pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

Berita berkaitan
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
3 jam lalu· Isu semasa
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
3 jam lalu· Politik
Kerajaan fokus stabilkan ekonomi, bendung tekanan kos sara hidup: Akmal Nasrullah
March 12, 2026· Isu semasa
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
3 jam lalu · Isu semasa
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
3 jam lalu · Isu semasa
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan kaji semula kerja dari rumah bagi penjawat awam, langkah berjimat
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok