Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meninjau raptai Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya. Foto Kredit: Hiekal Rosli
Anwar Ibrahim pagi ini hadir untuk meninjau raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.
Perdana Menteri tiba pada pukul 8.40 pagi dan disambut bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Anwar meluangkan masa hampir 20 minit untuk memerhatikan setiap persiapan raptai tersebut.
Kedatangan beliau disambut dengan sorakan gemuruh oleh 2,000 pelajar yang terlibat dalam persembahan teres grafik manusia, salah satu acara utama dalam sambutan tahun ini.
Ribuan orang membanjiri Dataran Putrajaya seawal pukul 7 pagi untuk menyaksikan raptai penuh ini, menunjukkan minat yang tinggi terhadap sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Acara kemuncak sambutan pada Ahad ini dijangka bermula seawal pukul 7 pagi dengan ketibaan pemimpin negara, diikuti dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Antara acara utama yang akan berlangsung termasuklah lafaz ikrar Rukun Negara, tembakan meriam 14 das, serta perbarisan kontinjen yang melibatkan 81 penyertaan daripada agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
Perarakan utama sejauh 2.1 kilometer dari persimpangan berhampiran Dataran Putra akan disertai oleh 14,010 peserta, 78 aset kenderaan, tujuh kereta berhias, 116 ekor haiwan serta 21 kumpulan pancaragam, menjadikannya antara perarakan terbesar dalam sejarah sambutan Hari Kebangsaan negara.
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
Arab Saudi akan kenakan denda haji tanpa permit SR100,000
IMF naikkan unjuran ekonomi Malaysia: Laporan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan