PMX dedah halang jualan hotel FELDA pada harga rendah, mahu siasatan penuh

August 7, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menolak cadangan penjualan sebuah hotel milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) selepas mendapati aset itu dicadangkan untuk dijual pada harga jauh lebih rendah berbanding nilai pembelian asal.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau enggan menandatangani dokumen kelulusan penjualan hotel berkenaan selepas dimaklumkan aset itu mahu dijual pada harga 100 juta pound Britain, sedangkan ia dibeli sebelum ini pada nilai 160 juta pound.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana mahu memastikan setiap aset FELDA diurus secara bertanggungjawab dan tidak menyebabkan kerugian kepada agensi yang diwujudkan demi kebajikan peneroka.

“Dua bulan lalu, pengurusan FELDA datang minta saya tandatangan untuk penjualan hotel itu. Saya kata, nanti sekejap. Ini berniaga apa macam ini? Jual harga lebih rendah daripada ketika beli.

“Saya tidak tandatangan. Saya arahkan mereka cari semula siapa yang menguruskan perkara itu dan sediakan laporan lengkap,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Terendak hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat cadangan urus niaga yang boleh merugikan FELDA, sedangkan ramai peneroka masih bergelut dengan kos sara hidup dan memerlukan pelbagai kemudahan asas ditambah baik.

“Orang FELDA, peneroka susah. Saya pergi melawat, mereka minta pendingin hawa, sekolah mahu dibaiki, pendapatan pula tidak mencukupi.

“Dalam keadaan itu, aset FELDA pula boleh hilang begitu sahaja. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Anwar menegaskan laporan lengkap berhubung cadangan penjualan hotel itu perlu disediakan bagi mengenal pasti punca dan pihak yang bertanggungjawab sebelum sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan FELDA kekal menjadi institusi yang kukuh serta mampu menjaga kepentingan lebih 100,000 keluarga peneroka di seluruh negara.

“Kalau kita biarkan, sampai bila agensi yang kita banggakan ini akan terus berdepan masalah? Sebab itu kita perlu betulkan keadaan ini,” katanya.

FELDA merupakan antara agensi pembangunan tanah terbesar negara yang ditubuhkan pada 1956 bagi membasmi kemiskinan melalui penempatan semula dan pembangunan sektor perladangan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, agensi itu melalui pelbagai usaha pemulihan kewangan susulan isu tadbir urus dan komitmen hutang yang diwarisi, termasuk penstrukturan semula aset serta pengukuhan pengurusan.

Berita berkaitan
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
8 jam lalu· Isu semasa
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
August 23, 2026· Politik
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026· Isu semasa
FELDA rugi RM2.3 bilion, pelaburan di Indonesia semasa era BN 2016 dipersoal: Radzi Jidin
August 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
10 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
14 jam lalu · Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok