PMX hadir ke pemukiman pemimpin Malaysia-S’pura ke-12: Laporan

December 4, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tiba di Singapura hari ini bagi lawatan kerja sehari untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.

Pesawat membawa Perdana Menteri mendarat di Kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 10.39 pagi.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Perdana Menteri diiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Fadillah Yusof, Menteri Luar Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi turut serta dalam delegasi rasmi.

Dalam lawatan kerja singkat itu, Anwar dijadual menghadiri sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12 di The Ritz-Carlton, Millenia pada awal tengah hari.

Kedua-dua pemimpin, Anwar dan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong, juga dijadual menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan perjanjian.

Kenyataan Bersama Pemimpin akan dikeluarkan pada penghujung sesi pemukiman tersebut.

Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang diadakan secara bergilir antara kedua-dua negara merupakan mekanisme tertinggi untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala, membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama serta meneroka peluang baharu bagi memperkukuh hubungan dua negara jiran itu.

Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan dua hala bernilai US$78.70 bilion (RM339.39 bilion) dari Januari hingga Oktober 2025, mewakili 13.5 peratus daripada jumlah perdagangan negara.

Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura. – Bernama

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
15 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok