PMX minta menteri pantau pegawai susulan kes Shamsul Iskandar: Fahmi

November 28, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa semua menteri supaya memantau dengan rapat setiap pegawai di bawah kementerian masing-masing.

Gesaan ini dibuat susulan laporan salah laku yang melibatkan bekas setiausaha politik kanannya, Shamsul Iskandar Md Akin.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, amaran itu disampaikan oleh Anwar dalam mesyuarat Kabinet hari ini, berikutan perkembangan terkini mengenai kes berkenaan.

“PM memberi peringatan kepada semua jemaah menteri untuk sentiasa memantau, terutama pegawai-pegawai.

“Tiada sesiapa yang akan dilindungi sekiranya berlaku apa-apa perkara yang mungkin bersifat salah laku,” kata Fahmi dalam sidang media mingguan hari ini.

“Tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang dalam negara kita,” tambahnya.

Fahmi juga memberitahu Anwar mengulangi jaminannya tiada sebarang perlindungan akan diberikan tanpa mengira pangkat, sekiranya terdapat perkara yang memerlukan siasatan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, seorang ahli perniagaan, Albert Tei, mendakwa telah membelanjakan sebanyak RM629,000 untuk Shamsul Iskandar.

Perbelanjaan tersebut kononnya meliputi kerja ubah suai rumah, perabot, serta pembelian cerut premium dan sut tempahan khas.

Tei mendakwa, dia diyakinkan bahawa Shamsul Iskandar boleh membantunya mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli politik di Sabah.

Sebuah rakaman video yang tular di media sosial juga memaparkan perbualan Tei dengan seorang wanita yang mendakwa mendapat restu Anwar untuk merakam ahli politik berkenaan secara rahsia.

Sebagai tindak balas, Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi PKR Melaka telah membuat laporan polis terhadap Tei, mendakwa video itu sebagai konspirasi jahat untuk mencemarkan nama Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan sama ada laporan itu termasuk berkenaan dakwaan perbelanjaan wang tersebut.

Mengenai tindakan parti, Fahmi menyatakan bahawa PKR belum membincangkan perkara itu dan perkembangan seterusnya mungkin hanya diketahui dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat akan datang.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
22 jam lalu· Politik
Fahmi ziarah peserta rebah semasa persembahan Hari Kebangsaan di Hospital Putrajaya
September 2, 2026· Isu semasa
iQIYI turunkan 6 episod Madu atau Racun, baki enam lagi ditangguhkan
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok