Sidang Dewan Rakyat di Parlimen.
Blok pembangkang dipelawa untuk membawa usul undi tidak percaya di Parlimen pada bila-bila masa, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata tidak akan menghalang pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya, malah sudah memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul supaya membenarkan usul sedemikian sekiranya ada dikemukakan di Parlimen.
“Saya beritahu kepada Speaker (Dewan Rakyat), hari pertama jika ada usul hari ini, saya akan tunggu usul undi tidak percaya.
“Jika mereka ada majoriti, silakan. Itu sistem kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Sementara itu, media melaporkan Johari semasa pemasyhuran Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 hari ini tidak memaklumkan wujud usul sedemikian dikemukakan ahli parlimen.
ebaliknya Johari berkata, antara urusan penting akan dibahas dan dipertimbangkan pada sesi kali ini ialah rang undang-undang (RUU) dan usul berkaitan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Katanya, turut dijangka dibahas ialah Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 dan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
“Mesyuarat kali ini dijangka kerap bersidang sehingga lewat malam,” katanya ketika membuka tirai persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Tambah Johari, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (PSA) sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan ia mengembalikan autonomi institusi Parlimen Malaysia.
Terdahulu, katanya, sesi persidangan kali ini akan memakan masa 24 hari bermula hari ini sehingga 28 Ogos.
“Ia juga memperkasa demokrasi Malaysia dan mengukuhkan prinsip pemisahan kuasa. Saya mengucapkan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang bersama menyokong kewujudan PSA,” katanya.
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum