PMX tekankan kepentingan keamanan global di pentas APEC

October 31, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, menegaskan keamanan dan kemakmuran adalah anugerah yang tidak boleh dipandang remeh, sambil menyuarakan kebimbangan berterusan mengenai situasi di Gaza dan Ukraine.

Berucap pada Dialog Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC, Perdana Menteri menjadikan Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja sebagai contoh nyata tentang bagaimana keamanan hanya boleh dicapai dan dikekalkan melalui kepercayaan, kesabaran dan rundingan yang berterusan.

“Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja menjadi peringatan bahawa keamanan dan kemakmuran tidak akan kekal tanpa kepercayaan, kesabaran dan rundingan berterusan.

“Prinsip yang sama harus diangkat dalam konteks Gaza dan Ukraine; penyelesaian berasaskan dialog, bukan kekerasan, adalah satu-satunya jalan menuju keamanan yang hakiki,” tegasnya.

Beliau turut memuji peranan APEC sebagai pemacu kerjasama ekonomi yang mapan.

“APEC terbukti sebagai pelopor yang memacu semangat keterbukaan, menggalas tanggungjawab moral dan memperkenalkan norma ekonomi global berasaskan kerjasama sukarela, bukan paksaan,” ujarnya.

Peranan Malaysia sebagai pengantara dalam Perjanjian Damai KL yang ditandatangani di Kuala Lumpur baru-baru ini telah mendapat pujian antarabangsa, termasuk daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang turut hadir di sidang kemuncak itu.

Trump mengakui sumbangan penting Malaysia dalam memudahkan perjanjian bersejarah antara dua negara anggota ASEAN itu.

Anwar menekankan kejayaan ini bukan sekadar satu pencapaian diplomatik, tetapi juga pengesahan terhadap pendirian Malaysia bahawa dialog dan kerjasama serantau adalah penting untuk kestabilan dan kemakmuran bersama.

Prinsip ini, katanya, perlu diterapkan secara meluas bagi menangani konflik global yang berterusan.

Berita berkaitan
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
15 jam lalu· Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
15 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
15 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
19 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok