Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada penjawat awam.
Kerajaan Madani sekali lagi mengumumkan pemberian Bantuan Penghargaan Sara Hidup (SARA) sebanyak RM100 kepada kira-kira 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata pemberian ini dijangka disalurkan pada pertengahan Februari ini bagi meringankan beban rakyat dalam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Tahun Baru Cina.
“Sukacita saya umumkan, Kerajaan sekali lagi akan memberi 100 ringgit SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas.
“Ini akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina,*” kata Anwar semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Pengumuman terkini ini dibuat susulan kejayaan fasa sebelumnya, di mana lebih 70 peratus bantuan RM100 yang diberikan pada 31 Ogos lalu telah dibelanjakan.
Bagi baki yang tidak dibelanjakan akan diagihkan semula untuk program membantu rakyat susah menjelang Disember.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kemampuan kerajaan untuk meneruskan inisiatif ini adalah hasil daripada penjimatan yang diperoleh melalui penyasaran subsidi, seperti diesel dan RON95.
Beliau turut mendedahkan peruntukan besar untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) SARA pada tahun 2026.
Menurut Anwar, data terkini menunjukkan peningkatan ketara dalam bantuan kepada semua kaum, Bantuan STR dan SARA untuk kaum Melayu meningkat daripada RM4.5 bilion (2022) kepada RM7.1 bilion (2025).
Bumiputera Sabah dan Sarawak mencatat kenaikan kepada RM1.9 bilion, manakala kaum India kepada RM1 bilion.
Bagi aspek pemilikan rumah melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), jaminan kerajaan untuk komuniti Bumiputera melonjak kepada RM12.3 bilion pada 2023 dan 2024 berbanding hanya RM2 bilion pada 2022.
Komuniti India juga menikmati peningkatan signifikan kepada RM1.9 bilion.
Sementara itu, perniagaan milik usahawan Cina terus didukung kuat melalui Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), dengan jaminan kerajaan melebihi RM13 bilion pada 2023 dan 2024, merangkumi lebih 75 peratus daripada jumlah keseluruhan SJPP.
Penerima kaum India turut mendapat manfaat daripada program sosioekonomi lain bernilai RM220 juta.
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan