Polis masih buru tiga suspek rompak barang kemas RM1.74 juta di Genting

August 20, 2026 · Isu semasa

Polis masih memburu tiga lelaki yang melarikan 81 barang kemas seberat kira-kira 2.5 kilogram bernilai RM1.74 juta dalam rompakan di sebuah kedai emas di Sky Avenue, Genting Highlands, Bentong, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob, berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

“Kes masih dalam siasatan dan apa-apa maklumat terbaharu akan dimaklumkan. Buat masa ini, masih lagi di peringkat siasatan untuk mengenal pasti suspek yang terbabit dalam rompakan itu,” katanya selepas Program Amal Konvoi Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Superbike Club (ISBC) sempena sambutan Hari Polis Ke-219 dan Ambang Merdeka ke-69 hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.39 pagi Isnin lalu, tiga lelaki bersenjatakan kapak dan kuku kambing menyerbu kedai emas berkenaan sebelum melarikan sejumlah barang kemas dalam tempoh kira-kira dua minit.

Ketiga-tiga suspek dipercayai memakai penutup muka, topi dan jaket bagi menyembunyikan identiti sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta mewah BMW.

Siasatan awal mendapati kenderaan terbabit didaftarkan atas nama seorang lelaki di Ampang, Selangor.

Ketika kejadian, dua pekerja, masing-masing seorang lelaki dan wanita, berada dalam premis berkenaan. Seorang lagi pekerja wanita pula dipercayai keluar untuk berehat.

Tiada pelanggan berada di dalam kedai ketika rompakan berlaku, manakala premis berkenaan juga tidak mempunyai pengawal keselamatan.

Polis kini sedang meneliti maklumat serta petunjuk diperoleh bagi mengesan ketiga-tiga suspek dan mendapatkan semula barang kemas yang dilarikan.

Kes disiasat dan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan polis selepas siasatan terhadap suspek serta kenderaan yang digunakan selesai.

Berita berkaitan
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
7 jam lalu· Isu semasa
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
August 22, 2026· Isu semasa
Kes culik pasangan Singapura: Enam individu didakwa di mahkamah
August 21, 2026· Isu semasa
Polis Johor siasat tiga kes bendera terbalik
August 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
24 jam lalu · Isu semasa
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026 · Isu semasa
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026 · Isu semasa
Sultan Brunei kurnia Darjah Kerabat kepada Anwar
August 22, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok