Kes Polis.
Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung insiden tersebut.
“Siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama, serta latar belakang sosial mangsa dan persekitarannya,” jelas Shazeli dalam kenyataan rasmi.
Beliau menegaskan bahawa sebarang spekulasi mengenai punca kejadian, termasuk dakwaan wujudnya unsur buli, adalah terlalu awal untuk dibuat dan boleh mengganggu proses siasatan.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah termasuk patah rahang, pendarahan otak dan kecederaan paru-paru, kini ditempatkan di unit rawatan rapi hospital dan masih dalam keadaan tidak sedar.
Menurut laporan, keluarga mangsa hanya dimaklumkan tentang kejadian tersebut kira-kira dua jam selepas insiden berlaku, iaitu sekitar jam 4 pagi.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengumumkan pengetua, penolong kanan hal ehwal murid, dan semua warden sekolah tersebut telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sehingga siasatan selesai.
“Kementerian akan menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan SOP di sekolah. Saya akan memastikan siasatan dijalankan secara terperinci termasuk dakwaan buli,” tegas Fadhlina.
Kejadian ini berlaku selepas insiden kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai lalu setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agamanya di Papar.
Terpedaya peraduan gores dan menang, lelaki rugi RM2,470
Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian
Bantuan RM1,000: Lebih 15,000 pemandu teksi, kereta sewa layak terima
MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum