Polis siasat perhimpunan di Sabah bakar karikatur pemimpin, 9 kesalahan dikesan

June 23, 2025 · Isu semasa

Tindakan biadab peserta Perhimpunan Aman Gempur Rasuah 2.0 yang bertindak keterlaluan menyebabkan mereka kini sedang berdepan siasatan pihak polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun mengesahkan kertas siasatan dibuka terhadap peserta himpunan pada Sabtu baru-baru ini dengan sembilan kesalahan dikesan dilakukan, antaranya pembakaran terbuka di tempat awam, membawa bahan kakisan berbahaya dalam perhimpunan dan menyentuh isu sensitif melibatkan raja, agama serta kaum atau 3R.

Selain Akta Perhimpunan Aman 2012, peserta itu juga disiasat berdasarkan undang-undang lain antaranya Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan, katanya.

“Setakat ini kita telah menerima enam laporan polis berkenaan kes ini. Polis juga telah membuka tiga kertas siasatan libatkan sembilan kesalahan. Dalam perhimpunan ini terdapat insiden yang seharusnya tidak berlaku.

“Tiada lagi (ditahan), tetapi bermula hari ini kita mula memanggil beberapa orang yang terlibat dalam perhimpunan itu untuk memberikan keterangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah hari ini.

Perhimpunan anjuran kumpulan Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah itu antara lain berarak sekitar bandar raya Kota Kinabalu serta membawa plakad mengenai pelbagai isu di Sabah seperti rasuah dan bekalan air selain membakar karikatur Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Jauteh berkata, pada awalnya penganjur telah menghantar pemberitahuan kepada polis tentang perhimpunan itu berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pihaknya memberikan maklum balas supaya peserta mematuhi 15 syarat ditetapkan antaranya menjaga ketenteraman awam.

“Jangan salah faham perhimpunan diluluskan, bukan diluluskan tetapi akta itu menetapkan prosedur tentang pemberitahuan penganjur dan maklum balas polis. Pihak polis juga bantu memastikan perhimpunan ini tiada insiden boleh menggugat ketenteraman awam dan menjaga semua pihak termasuk peserta sendiri.

“Malangnya dalam kes ini kita mendapati pihak penganjur gagal memenuhi syarat itu. Walaupun dalam perhimpunan ini bertujuan menunjukkan suara hati mereka tetapi hendaklah disampaikan tanpa menimbulkan provokasi kepada mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda ketika ditemui selepas sidang media itu berkata, pihak polis tidak mempunyai sebarang masalah dalam penganjuran perhimpunan itu selagi ia mematuhi syarat yang ditetapkan dan undang-undang negara namun apa terjadi adalah sebaliknya.

“Walaupun mereka telah menerima kesemua syarat tersebut namun ada pihak yang hanya berkongsi (di media sosial) bahagian hadapan pemberitahuan diberikan pihak polis dan tidak berkongsi keseluruhan syarat yang telah ditetapkan buat makluman semua terutama peserta perhimpunan,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
October 22, 2026· Politik
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
October 22, 2026· Isu semasa
Shuhaily didakwa esok berhubung kes di KLIA: Laporan
October 20, 2026· Isu semasa
Kes scam: Dakwa terbabit pengubahan wang haram, suri rumah rugi RM472,000
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
4 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
7 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
7 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
10 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok