Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat

October 22, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi iaitu 163.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua lagi stesen pemantauan di Negeri Sembilan turut merekodkan trend sama iaitu Seremban (155) dan Port Dickson (148).

Di Selangor, lima kawasan berada pada kategori tidak sihat iaitu Klang dan Johan Setia, yang masing-masing mencatatkan bacaan 155, diikuti Petaling Jaya (154), Shah Alam (152) serta Banting (131).

IPU tidak sihat turut direkodkan di Melaka membabitkan Bukit Rambai (159) dan Bandaraya Melaka (142), manakala di Johor melibatkan Tangkak (153) serta Pasir Gudang (108).

Di Kuala Lumpur, dua kawasan merekodkan IPU tidak sihat iaitu Batu Muda (152) dan Cheras (140) manakala Putrajaya (140).

Sementara itu, APIMS melaporkan sebanyak 50 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala hanya tiga kawasan kekal pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. – Bernama

Berita berkaitan
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
17 jam lalu· Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
October 22, 2026· Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
October 22, 2026· Isu semasa
Malaysia-Indonesia mahu perkukuh kerjasama ekonomi kreatif: Fahmi
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
12 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
15 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
16 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok