Polis siasat ugutan bunuh terhadap pemimpin muda Bersatu, kenal pasti suspek

July 6, 2025 · Politik

Siasatan dijalankan pihak polis berhubung laporan kes ugutan bunuh yang diterima seorang pemimpin muda Bersatu sudah berjaya mengenal pasti dalang dan saksi penting terbabit dalam perbuatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan daripada dua saksi susulan laporan polis dibuat oleh pengadu pada jam 9.13 malam, 2 Julai lalu.

“Kami percaya keterangan daripada saksi ini penting untuk mengenal pasti pelaku serta memahami motif di sebalik ugutan tersebut. Setakat ini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pengadu yang juga seorang pengarah syarikat memaklumkan beliau menerima panggilan daripada seorang rakan pada 10.57 pagi, 2 Julai lalu yang memberitahu terdapat seorang lelaki yang didakwa sedang merancang untuk membunuhnya.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah menerusi penyamaran nama.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Tambah Sulizmie, hasil siasatan awal mendapati pengadu tidak mengenali individu yang dikatakan merancang untuk membunuhnya.

“Buat masa ini, polis sedang giat mengesan identiti suspek terlibat dan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut. Keselamatan pengadu juga diberi keutamaan,” katanya.

Sehubungan itu, ACP Sulizmie turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Pang Wei Keong di talian 013-2082391, atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, DSP Rosdi bin M. Husin di 013-3920694.

Baru-baru ini, Exco Armada, Na’im Brundage membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh dan cedera menggunakan asid oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Na’im yang juga Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada mendakwa, beliau tidak menolak kemungkinan ancaman itu bermotifkan politik, memandangkan bergiat aktif dalam dunia politik dan lantang menyuarakan pandangan secara terbuka di media sosial serta media massa.

Menurut Na’im, beliau tidak menolak kemungkinan ancaman itu bermotifkan politik, memandangkan bergiat aktif dalam dunia politik dan lantang menyuarakan pandangan secara terbuka di media sosial dan media massa.

Berita berkaitan
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
10 jam lalu· Politik
Tin makanan jadi helah seludup syabu bernilai RM3 juta, lima ditahan
20 jam lalu· Isu semasa
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
21 jam lalu· Politik
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026 · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
11 jam lalu · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
21 jam lalu · Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
21 jam lalu · Politik
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
April 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok