Polis teliti CCTV, dashcam buru dua suspek serang pengkritik bola sepak

July 14, 2026 · Isu semasa

Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan papan pemuka (dashcam) daripada kenderaan awam bagi mengenal pasti individu yang menyerang pengkritik bola sepak tempatan, Azizurrahman Zakaria atau lebih dikenali sebagai Joe Zakaria, di Bandar Sri Damansara, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, polis turut mengesan dan merakam percakapan saksi yang berada di lokasi kejadian bagi membantu melengkapkan siasatan.

“Polis menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk mengesan dan menganalisis rakaman CCTV di sekitar lokasi kejadian serta rakaman dashcam daripada kenderaan awam lain.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya dipetik laporan media.

Beliau turut menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau berada di lokasi ketika kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Menurut Shamsudin, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.56 malam Sabtu lalu.

Siasatan awal mendapati mangsa berhenti di sebuah premis untuk mengisi angin tayar sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal Yamaha LC. Kedua-dua suspek kemudian bertindak memukul mangsa beberapa kali sambil kejadian itu dirakam.

Akibat serangan tersebut, Joe Zakaria mengalami patah tulang di bahagian soket mata serta beberapa kecederaan lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial memaparkan mangsa ditumbuk dan diterajang sehingga terduduk di tepi jalan sebelum beberapa orang awam cuba meleraikan serangan.

Mangsa turut dilihat meminta bantuan, manakala kedua-dua suspek memakai topi keledar dan pelitup muka, sekali gus menyukarkan proses pengecaman identiti.

Video asal yang dimuat naik oleh Joe Zakaria kemudian dipadamkan, namun rakaman itu terus dikongsi pengguna di pelbagai platform media sosial sehingga mengundang perhatian ramai.

Joe Zakaria dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan menerusi saluran YouTube YTSK yang sering menampilkan ulasan mengenai perkembangan bola sepak negara selain kandungan berkaitan jersi dan kasut bola.

Saluran itu kini mempunyai kira-kira 10,900 pelanggan dengan lebih 150 video yang dimuat naik.

Berita berkaitan
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
16 jam lalu· Isu semasa
Polis buka lima kertas siasatan susulan laporan RCI Tabung Haji
August 6, 2026· Isu semasa
Ahli PKR dakwa hantaran Ridhuan Tee sentuh isu sensitif 3R, buat laporan polis
August 5, 2026· Politik
Fahmi bantu kukuhkan kewangan KL City, tiada tunggakan gaji
August 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok