PRN Melaka: BN masih buka pintu kerjasama, termasuk dengan PH

14 jam lalu · Politik

Barisan Nasional (BN) Melaka masih membuka ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya, Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, BN ketika ini tidak menetapkan sebarang gabungan sebagai rakan strategik, sebaliknya semua kemungkinan masih terbuka untuk dibincangkan.

Menurutnya, setiap cadangan kerjasama akan dinilai secara mendalam sebelum dibawa ke peringkat kepimpinan tertinggi UMNO untuk keputusan rasmi.

“Jadi saya tak menjurus kepada mana-mana gabungan untuk menjadi rakan strategik, tapi akhirnya nanti menjurus kepada penilaian dan kajian yang mendalam.

“Keputusan akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka di Seri Bendahara, malam tadi.

Ab Rauf berkata, proses rundingan turut mengambil kira pandangan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, termasuk menilai kesan sesuatu kerjasama kepada parti dan negeri.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan rundingan politik menjelang PRN Melaka, yang kini semakin mendapat perhatian susulan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan berakhir pada Disember ini.

Sebelum ini, Ab Rauf diberikan mandat untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak yang berminat bekerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

Mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama BN dalam PRN kali ini, Ab Rauf berkata perkara itu terpulang kepada PH.

Katanya, BN tetap menghormati pendirian setiap parti dan bersedia berunding sekiranya ada pihak yang mahu membuka ruang kerjasama.

“Kalau kita jemput dia tak nak datang, tak apa. Kalau jemput dia datang, kita berunding.

“Itu saya tak ambil sebagai penanda aras. Sebab yang penting keputusan Majlis Presiden dia,” katanya.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Berita berkaitan
Dua beradik tokoh korporat direman SPRM, kereta dan motosikal mewah disita
October 1, 2026· Isu semasa
SPRM sedia siasat dakwaan kementerian bawah Zahid belanja lebih RM2.1 bilion
11 jam lalu· Politik
Shahrol Shiro nafi lantikan di UKM kerana politik: Laporan
14 jam lalu· Politik
PH belum muktamadkan bentuk kerjasama PRN Melaka: Fahmi
24 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis Negeri Sembilan: DAP buat laporan polis, dakwaan kait parti dengan istana
9 jam lalu · Politik
PN minta RoS jelaskan 8 aduan Bersatu: Tuan Ibrahim
14 jam lalu · Politik
Razali Idris beri bayangan tinggalkan Bersatu, sertai parti lain
14 jam lalu · Politik
Kemelut pentadbiran Negeri Sembilan perlu segera diselesaikan: Aminuddin
September 30, 2026 · Politik
UMNO tak paksa PH, pintu kerjasama masih terbuka: Asyraf Wajdi
September 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok