PRN Negeri Sembilan: Tiga pusat media mula beroperasi esok

July 16, 2026 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka tiga Pusat Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 bermula esok hingga 1 Ogos bagi memudahkan urusan liputan pengamal media sepanjang tempoh pilihan raya.

Kementerian Komunikasi memaklumkan pusat media itu ditempatkan di Hotel Seri Malaysia, Seremban; Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Paya, Port Dickson; serta NADI Kampung Gentam, Kuala Pilah.

Menurut kementerian, kemudahan yang disediakan membolehkan pengamal media menjalankan tugasan dengan lebih lancar selain mendapatkan maklumat berkaitan proses pilihan raya.

“Pengamal media boleh menggunakan kemudahan disediakan serta mendapatkan maklumat di pusat media berkenaan. Mereka yang membuat liputan di lokaliti lain juga dapat menggunakan kemudahan dan Internet di 60 NADI sekitar Negeri Sembilan yang diaktifkan sebagai Pusat Media Sokongan,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Selain menyediakan ruang kerja dan capaian Internet, MCMC turut membuka kaunter aduan di setiap pusat media bagi memantau serta menyelaraskan isu berkaitan liputan Internet, gangguan telekomunikasi dan kandungan dalam talian termasuk isu melibatkan 3R, penipuan dalam talian serta penyamaran.

Pengamal media yang bertugas di kawasan selain tiga pusat media utama turut boleh memanfaatkan rangkaian 60 NADI di seluruh Negeri Sembilan sebagai pusat sokongan bagi memudahkan penghantaran bahan berita dan urusan komunikasi sepanjang tempoh berkempen.

Senarai lokasi NADI yang terlibat boleh dirujuk menerusi portal rasmi NADI.

PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi mandat baharu kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri bagi penggal akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu ini, diikuti pengundian awal pada 28 Julai, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
July 26, 2026· Politik
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry
1 jam lalu· Politik
Kempen masuk minggu kedua, Aminuddin fokus dekati pengundi seramai mungkin
1 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
20 jam lalu · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
23 jam lalu · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026 · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
17 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok