PRN Sabah berjalan lancar, tiada insiden serius: Saifuddin Nasution

November 29, 2025 · Isu semasa

Proses kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berakhir pada tengah malam tadi berlangsung dengan aman dan terkawal tanpa sebarang insiden yang memudaratkan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata keadaan keselamatan yang stabil itu memastikan kelancaran proses demokrasi di negeri berkenaan.

Beliau berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima beberapa laporan berkaitan kempen, namun jumlahnya adalah kecil.

“Pihak Polis Diraja Malaysia telah menerima beberapa laporan berkaitan kempen, termasuk insiden menurunkan lambang parti serta aduan mengenai ucapan semasa ceramah politik.

“Bagaimanapun, jumlah laporan adalah kecil dan semuanya sedang diteliti mengikut seksyen serta akta berkaitan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Sindang Baru hari ini.

Mengenai persiapan hari mengundi, Saifuddin Nasution berkata seramai 10,000 anggota polis ditempatkan di seluruh Sabah bagi memastikan keselamatan pengundi dan kelancaran operasi.

“Penilaian keselamatan menunjukkan angka tersebut diperlukan bagi mengurus kawalan sepanjang waktu mengundi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kekuatan semasa Polis Kontinjen Sabah ialah sekitar 9,000 anggota, dan bagi memenuhi keperluan operasi tambahan, bantuan digerakkan dari Sarawak,” jelasnya.

Secara keseluruhannya, beliau menyifatkan proses pilihan raya di Sabah berjalan dalam suasana aman, teratur dan bebas gangguan.

Berita berkaitan
DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?
September 3, 2026· Politik
BN tunggu DUN Melaka bubar sebelum runding kerjasama: Zahid
August 30, 2026· Politik
PH tunggu keputusan UMNO-BN, Amiruddin sudah hubungi Rauf bincang kerjasama
August 29, 2026· Politik
BN mahu pertahan 21 kerusi di Melaka, PRN pada bila-bila masa
August 28, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok