PRN Sabah: MCMC nasihat pengguna media sosial berhemah kongsi kandungan

November 15, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyeru seluruh pengguna media sosial agar mempamerkan sikap beretika dan bertanggungjawab dalam setiap perkongsian kandungan, terutamanya sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Amalan berbeza pandangan politik sememangnya sebahagian daripada proses demokrasi, namun ia perlu disampaikan dengan cara yang sopan dan berhemah tanpa melangkaui batas undang-undang.

“Platform digital harus dijadikan saluran untuk menyebarkan maklumat yang sahih dan membina, bukannya menjadi medan untuk menabur kebencian, hasutan atau penghinaan yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara,” kata MCMC dalam kenyataan.

MCMC mengingatkan perkongsian sebarang kandungan palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Larangan ini turut merangkumi kandungan sensitif yang menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan Institusi Diraja (3R).

Menurut kenyataan itu, individu yang disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

“MCMC akan mengambil tindakan tegas, termasuk siasatan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” kata kenyataan itu lagi.

Sebagai langkah proaktif, MCMC juga mengesahkan kerjasama eratnya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan akauntabiliti dipatuhi dan ketenteraman awam terpelihara sepanjang tempoh penting ini.

Berita berkaitan
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
11 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
13 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
11 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
11 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
13 jam lalu · Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok