Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud.
Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan senarai penuh calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-17 pada awal bulan hadapan.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Mustapha Sakmud, pengumuman tersebut akan dibuat oleh Perdana Menteri sekaligus Presiden PKR,Anwar Ibrahim.
Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding di 23 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.
Mustapha menjelaskan gabungan calon yang akan diketengahkan merangkumi muka lama dan baharu, termasuklah teknokrat, bekas penjawat awam, serta kepimpinan di peringkat akar umbi.
“Setakat ini, kita dimaklumkan ada 21 hingga 23 kerusi ditawarkan untuk PH, tetapi senarai calon yang dipersetujui akan diumumkan Perdana Menteri pada awal November,” katanya dipetik laporan media.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut menegaskan jentera pilihan rayanya sudah bersedia sepenuhnya dan bersemangat tinggi untuk menggerakkan kempen.
“Jentera PH cukup bersedia dan bersemangat tinggi untuk menggerakkan kempen bagi memenangkan calon-calon parti itu pada pilihan raya berkenaan,” tambah Mustapha.
Suruhanjaya Pilihan Raya tmenetapkan tarikh penamaan calon pada 15 November ini, manakala pengundian awal dan hari mengundi pula masing-masing pada 25 dan 29 November.
Dewan Undangan Negeri Sabah yang mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, telah dibubarkan pada 6 Oktober lalu bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum