PRN Sabah: PN akan tubuh badan pemantau teliti pelaksanaan manifesto jika menang

November 23, 2025 · Politik

Perikatan Nasional (PN) akan menubuhkan sebuah badan pemantau khas bagi meneliti pelaksanaan manifesto yang dijanjikan kepada warga Sabah jika berjaya menjadi kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 29 November nanti.

Pengerusinya, Muhyiddin Yassin berkata kehadiran bertanding pada PRN Sabah adalah untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam menentukan hala tuju masa depan negeri sendiri dan bagi mengingatkan kepentingan nasib orang Sabah.

Berdasarkan pengalaman luas kepimpinan PN di peringkat pusat dan negeri, beliau yakin dengan sambutan memberangsangkan daripada rakya di Sabah.

“Atas perkiraan itu, saya amat berharap pengundi-pengundi akan menyokong calon PN yang kita tempatkan di 42 DUN,” ujar Muhyiddin ketika dipetik laporan media.

Muhyiddin berharap pengundi di Sabah akan meneliti setiap janji dalam manifesto PN yang menurutnya boleh ditunaikan jika mendapat mandat pada PRN nanti.

“Saya harap pengundi di Sabah membacanya kerana itulah satu janji yang akan kita tunaikan. Kita tidak pernah bohong,” tambahnya.

Mengulas mengenai pelaksanaan manifesto, Muhyiddin bekata PN mencadangkan penubuhan sebuah badan pemantau khas.

“Kita cadangkan ada satu badan pemantau selepas kita tubuhkan kerajaan negeri Sabah, yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat, profesional, dan anak watan Sabah, yang akan meneliti sama ada apa yang tersebut di dalam manifesto itu dilaksanakan atau tidak,” jelasnya.

Menurut Muhyiddin, badan bebas itu akan memastikan setiap janji ditepati.

“Jadi kalau mana yang tidak dilaksanakan, mereka akan beritahu ini janji kosong. Jadi sebab itu kita buktikan kita akan laksanakan untuk kepentingan rakyat Sabah,” tegas Presiden Bersatu itu.

Beliau turut menyentuh mengenai cadangan Tabung Masa Depan Sabah (SFF) bernilai RM10 bilion sebagai sumber kewangan jangka panjang untuk pembangunan dan bantuan, sekali gus memperkukuh masa depan negeri ini.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
3 jam lalu· Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
September 22, 2026· Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
September 22, 2026· Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
5 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
8 jam lalu · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
8 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok