PRN Sabah: Saingan sengit menanti Hajiji dan Bung Moktar, pertembungan banyak penjuru

November 15, 2025 · Politik

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan pertandingan sengit di beberapa kerusi, termasuk di DUN Sulaman yang menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor berdepan pertandingan empat lawan parti lain di DUN Sulaman iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Warisan, dan Parti Impian Sabah (PIS).

Proses penamaan calon di Dewan Seri Sulaman berjalan lancar. Calon BN, Dr Shahnon Rizal Thajuddin menyerahkan dokumennya pada pukul 9.04 pagi, diikuti Hajiji dua minit kemudian.

Calon-calon lain menyerah borang dalam selang beberapa minit antara satu sama lain.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ibrahim Terki, mengumumkan senarai calon rasmi pada pukul 10.50 pagi. Hajiji, yang memegang kerusi Sulaman sejak 1990, sekali lagi cuba mengekalkan kemenangannya.

Sementara itu, di Kinabatangan, DUN Lamag turut menjadi tumpuan dengan pertandingan enam penjuru.

Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, yang juga Ketua UMNO Sabah akan mempertahankan kerusinya dan dicabar calon daripada GRS, Warisan, PN, PIS dan seorang calon Bebas.

Bung Moktar menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.02 pagi di Dewan Sri Lamag.

Beliau diiringi oleh Setiausaha UMNO Sabah, Jafry Ariffin, yang turut bertanding di DUN Sukau.

Hari mengundi bagi PRN Sabah ini ditetapkan pada 29 November.

Berita berkaitan
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
14 jam lalu· Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
16 jam lalu· Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
September 21, 2026· Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
6 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
6 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
6 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
12 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok