Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal.
Parti Warisan mengesahkan meletak semua calon bertanding bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN Sabah) 29 November ini.
Presiden parti, Mohd Shafie Apdal mengumumkan semua nama calon hari ini dengan beberapa perubahan kecil barisan calon yang akan bertanding selepas terdapat beberapa nama besar yang tidak tersenarai.
Shafie akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang.
Sementara itu, Shafie juga mengumumkan langkah Warisan menggugurkan nama timbalan presidennya, Darell Leiking, daripada senarai calon bagi
dan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Moyog yang dimenanginya pada PRN 2020 lalu.
Warisan sebaliknya menampilkan Naib Presidennya, Terrence Siambun sebagai calon di kerusi berkenaan.
Leiking adalah bekas Ahli Parlimen Penampang dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari 2018 hingga 2020.
Bagaimanapun, Darrell dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Warisan bagi PRN kali ini.
Dua Ahli Parlimen Warisan juga akan bertanding pada PRN kali ini, iaitu Mohammad Yusof Apdal (Lahad Datu) yang akan bertanding di DUN Silam, dan Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) di DUN Usukan.
Selain itu, Warisan turut mengekalkan beberapa penyandangnya untuk mempertahankan kerusi masing-masing.
Antara nama yang dikemukakan ialah Azhar Matusin (Darau), Wong Hong Jun (Tanjung Aru), dan Jaujan Sambakong (Sulabayan).
Dalam pada itu, Warisan memperkenalkan wajah baru, Fauziah Stephens, anakanda kepada Ketua Menteri Sabah pertama, Tun Fuad Stephens, untuk bertanding di DUN Bengkoka.
Berdasarkan senarai calon yang diumumkan, Warisan tampil dengan gabungan penyandang berpengalaman dan calon baharu yang dilihat mampu memberikan nafas segar dalam memperkukuhkan kedudukan parti di negeri ini.
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri