Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti

June 13, 2026 · Isu semasa

Golongan warga emas dan pesakit yang memerlukan terus mendapat perhatian menerusi Program Ziarah Kasih Jabatan Penerangan yang diadakan di Seri Menanti hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turun padang menyantuni dua penerima bantuan daripada Komuniti MADANI Gugusan Terachi dan Gugusan Gunung Pasir sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan di bawah Kementerian Komunikasi.

Dalam program itu, beliau turut menyampaikan sumbangan bantuan serta meluangkan masa menziarahi penerima yang berdepan pelbagai masalah kesihatan dan kesukaran menjalani kehidupan harian.

Salah seorang penerima, Umi Kalsum, 70, kini mengalami masalah saraf serta radang mulut kronik yang menjejaskan keupayaannya untuk makan, minum dan bertutur dengan baik.

Seorang lagi penerima, Haji Hussin, 92, pula berdepan masalah saraf dan pendengaran selain bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk bergerak.

Fahmi berkata, Program Ziarah Kasih mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat, khususnya golongan rentan, terus diberi perhatian.

“Program seperti ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi juga memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir dan sentiasa mendapat sokongan serta perhatian sewajarnya,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Beliau berkata, usaha mendekati rakyat secara langsung membolehkan kerajaan memahami cabaran sebenar yang dihadapi masyarakat dan seterusnya menyalurkan bantuan secara lebih berkesan.

Program Ziarah Kasih yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bertujuan memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat, di samping memastikan bantuan keperluan asas serta sokongan moral dapat disampaikan secara bersasar kepada mereka yang memerlukan.

Inisiatif itu juga selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan nilai ihsan dan keprihatinan terhadap golongan asnaf, warga emas serta pesakit terlantar agar kebajikan mereka terus terbela.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
14 jam lalu· Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
14 jam lalu· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
21 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
October 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
14 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
14 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
22 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
22 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok