Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Projek Membina Semula Surau Kampung Tebat Kering serta Projek Menaik Taraf Balai Raya Kampung Bukit Temensu/Kampung Tebat Kering.
Kemudahan masyarakat di Kampung Tebat Kering dan Kampung Bukit Temensu terus diperkasa menerusi pelaksanaan dua projek di bawah Inisiatif Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi bagi 2025.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Projek Membina Semula Surau Kampung Tebat Kering serta Projek Menaik Taraf Balai Raya Kampung Bukit Temensu/Kampung Tebat Kering.
Kedua-dua projek itu memberi manfaat kepada hampir 1,000 penduduk setempat, khususnya bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan program komuniti dalam suasana lebih selesa serta selamat.
Fahmi berkata kemudahan yang baik penting bagi memastikan masyarakat setempat mempunyai ruang yang sesuai untuk berkumpul dan melaksanakan pelbagai aktiviti bersama.
“Projek seperti ini bukan sekadar menaik taraf kemudahan fizikal, tetapi turut membantu mengukuhkan hubungan serta semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk,” katanya ketika merasmikan projek berkenaan hari ini.
Projek membina semula Surau Kampung Tebat Kering bermula dengan penyerahan tapak pada 27 November 2025 dan disiapkan sepenuhnya pada 14 September 2026.
Sementara itu, Projek Menaik Taraf Balai Raya Kampung Bukit Temensu/Kampung Tebat Kering dimulakan pada 17 Oktober 2025 dan siap pada 26 Disember 2025.
Kementerian Komunikasi turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan serta kontraktor yang terlibat atas kerjasama sepanjang pelaksanaan kedua-dua projek.
Inisiatif Kampung Angkat MADANI merupakan antara usaha kerajaan memperkukuh pembangunan komuniti melalui penambahbaikan kemudahan asas serta prasarana setempat, terutama di kawasan kampung.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah; Pegawai Daerah Kuala Pilah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Nawal Mohamed Amin serta pengurusan tertinggi kementerian dan daerah.
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum