Proses kemasukan semula KJ ke UMNO dijangka berjalan cepat: Zambry

March 17, 2026 · Politik

Proses membawa kembali bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ke dalam parti itu dijangka tidak mengambil masa lama selepas beliau memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Zambry Abd Kadir berkata, langkah tersebut selari dengan idea penubuhan “Rumah Bangsa” yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi bagi membuka ruang kepada bekas pemimpin dan ahli parti kembali menyertai parti itu.

Menurut Zambry, perkara itu diyakini dapat diproses dengan lancar sekiranya dibawa ke peringkat kepimpinan tertinggi parti.

“Saya tidak fikir tempoh masa itu akan menjadi masalah. Kita yakin presiden akan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi untuk dipertimbangkan,” katanya dipetik laporan berita.

Khairy sebelum ini dilaporkan secara rasmi memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan serta nombor keahlian asalnya diaktifkan semula.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 selepas beberapa kenyataannya dianggap bertentangan dengan pendirian parti.

Zambry berkata UMNO juga telah melantik seorang Naib Presiden parti sebagai pengerusi teknikal bagi menguruskan proses berkaitan permohonan tersebut.

Beliau turut menyifatkan pertemuan antara Ahmad Zahid dan Khairy baru-baru ini berlangsung dalam suasana harmoni, sekali gus memberi isyarat positif terhadap kemungkinan penyatuan semula.

“Saya melihat langkah Khairy ini sesuatu yang baik. Dari dahulu sampai sekarang, jiwanya tetap jiwa UMNO,” katanya.

“Sebab itu kita lihat beliau masih hadir bersama ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.”

Pada masa sama, Zambry merakamkan penghargaan kepada Ahmad Zahid kerana membuka ruang melalui gagasan “Rumah Bangsa” yang bertujuan mengumpulkan kembali tokoh-tokoh yang pernah bersama parti itu.

Berita berkaitan
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu· Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
12 jam lalu· Politik
UMNO terima lebih 21,000 ahli baharu sejak Februari: Asyraf Wajdi
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
5 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok