Parti Bersatu.
Prosiding Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Hamzah Zainudin tetap berlangsung hari ini mengikut jadual walaupun Timbalan Presiden parti itu berada di luar negara.
Menurut sumber parti, prosiding berkenaan penting bagi menangani isu dalaman serta usaha memperkukuh semula kedudukan parti.
Ketegangan dalam Bersatu semakin memuncak sepanjang minggu lalu selepas timbul spekulasi bahawa Ahli Parlimen Larut itu berdepan kemungkinan dipecat.
“Jika konflik dalaman ini tidak ditangani dengan cepat, dibimbangi parti akan lebih berpecah… Hamzah sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk datang ke prosiding bagi menjawab semua isu-isu yang terpalit dengan dirinya,” kata sumber parti.
Situasi itu turut mencetuskan gesaan terbuka daripada Naib Presiden parti, Ronald Kiandee, supaya Presiden parti, Muhyiddin Yassin, melepaskan jawatan.
Spekulasi mengatakan kemungkinan berlaku perubahan kepimpinan sekiranya tindakan disiplin dikenakan.
Semalam, setiausaha sulit Hamzah, Ahmad Ikhwan Fadhli, mengesahkan Ketua Pembangkang itu tidak dapat menghadiri prosiding kerana berada di Australia bagi membantu urusan pendaftaran universiti anaknya.
Hamzah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penglibatan dalam gangguan ketika perhimpunan agung tahunan parti selain serangan lisan terhadap presiden parti.
Notis saman kedua yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin, Mohd Radzi Manan pada 6 Februari lalu memaklumkan empat aduan rasmi dikemukakan terhadap beliau, masing-masing bertarikh 30 September tahun lalu dan 5 Februari.
Pergolakan dalaman parti ketika ini dilihat penganalisis politik sebagai ujian besar kepada kestabilan blok pembangkang, terutama dalam persaingan politik nasional yang turut melibatkan parti tradisi seperti UMNO.
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar