Prosiding hina mahkamah difailkan Najib terhadap bekas AG didengar esok

August 18, 2025 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara (AG), Ahmad Terrirudin Mohd Salleh esok.

Permohonan itu akan dibicarakan di hadapan Hakim Alice Loke Yee Chin.

Jika diluluskan, Terrirudin perlu hadir untuk memberikan penjelasan mengapa beliau tidak sepatutnya dikenakan tindakan mahkamah. Sebaliknya, jika permohonan ditolak, kes ini akan ditamatkan.

Najib memfailkan permohonan ini pada 21 Mei lalu dengan alasan Terrirudin didakwa sengaja mengelirukan mahkamah walaupun mengetahui tentang kewujudan titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Menurut dokumen yang dikemukakan, titah adendum bertarikh 29 Januari tahun lalu telah diserahkan kepada anak Najib, Mohamad Nizar, dari Pejabat Sultan Pahang. Surat daripada Majlis Kesultanan Pahang pada 4 Januari turut mengesahkan ketulenan dokumen tersebut.

Titah itu dikatakan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd di bawah tahanan rumah.

Sementara itu, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan bahawa mahkamah juga akan mempertimbangkan samada perintah larangan bersuara (gag order) perlu dikekalkan pada 19 September ini.

Kes ini terus mendapat perhatian umum memandangkan ia melibatkan isu titah diraja dan prosiding undang-undang terhadap bekas pegawai tinggi kerajaan.

Berita berkaitan
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
April 14, 2026· Politik
Najib mohon maaf isu hantaran Facebook terhadap Dr Dzulkefly
April 9, 2026· Politik
7 Mei penentu nasib Najib berhubung bayaran kes saman USD1.3 bilion SRC
April 3, 2026· Politik
Najib didapati bersalah dalam kes saman SRC, diperintah bayar AS$1.3 bilion
March 31, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
1 jam lalu · Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
1 jam lalu · Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
4 jam lalu · Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
4 jam lalu · Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok