Puad desak Rafizi pujuk bekas pegawai pulang bantu siasatan

April 2, 2026 · Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi menggesa Rafizi Ramli supaya memujuk bekas pegawai khasnya, James Chai, segera pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Puad, kehadiran Chai penting untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kaitan dengan perjanjian melibatkan syarikat semikonduktor Arm Holdings.

“Justeru Rafizi kenalah pujuk James Chai balik segera ke Malaysia untuk beri keterangan. Takut apa balik? Kenapa jadi pelarian?” katanya dalam satu hantaran media sosial.

Beliau turut menggesa agar Rafizi sendiri disiasat dengan segera dan tampil memberi keterangan secara rasmi kepada pihak berkuasa, bukannya hanya menjelaskan isu tersebut di media sosial.

“Dia boleh kata tiada duit berbilion masuk akaun, tetapi itu bukan isunya. Salah laku dan menipu ada banyak cara,” tambahnya.

Puad juga menyentuh hujah Rafizi yang mendakwa projek berkenaan mendapat kelulusan kabinet dan alasan itu tidak seharusnya dijadikan pelindung daripada siasatan.

“Tidak perlu alih isu kononnya kabinet setuju. Dalam kes lain, kelulusan pun tetap disiasat dan diadili,” ujarnya, merujuk kepada kes melibatkan bekas perdana menteri sebelum ini.

Sementara itu, SPRM memaklumkan pihaknya telah memberi tempoh dua minggu kepada James Chai untuk pulang ke Malaysia.

Suruhanjaya itu turut menyatakan kesediaan menanggung kos penerbangan bagi memudahkan kehadirannya.

Namun, jika beliau masih gagal hadir selepas dua kali lanjutan diberikan, tindakan lanjut termasuk kerjasama dengan agensi antarabangsa seperti Interpol akan dipertimbangkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi sebelum ini menafikan sebarang salah laku berkaitan projek tersebut dan menegaskan kesediaannya untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

James Chai, yang pernah berkhidmat sebagai pegawai khas di Kementerian Ekonomi, merupakan graduan Universiti Oxford dalam bidang undang-undang dan teknologi.

Berita berkaitan
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
1 jam lalu· Politik
PKR diingatkan kekal bersatu, elak perbalahan terbuka: Ramanan
2 jam lalu· Politik
Rafizi didakwa buat sabotaj dalaman PKR
5 jam lalu· Politik
Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera
2 jam lalu · Politik
Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula
21 jam lalu · Politik
Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global
21 jam lalu · Politik
Rafizi disaran muhasabah diri, henti salahkan pihak lain: PKR Maran
April 4, 2026 · Politik
PKR tak lindung pihak salah guna kuasa: Fahmi
April 3, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok