Putin tak hadir Sidang ASEAN, hantar wakil: PMX

October 23, 2025 · Isu semasa

Presiden Rusia, Vladimir Putin, tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara, menurut Anwar Ibrahim.

Anwar mengesahkan perkara itu yang sekaligus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan ketibaan pemimpin Kremlin itu dan sebaliknya akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak.

Beliau memaklumkan, Putin bagaimanapun mempertimbangkan untuk hadir pada sidang kemuncak tahun hadapan.

“Presiden Putin mengesahkan beliau tidak akan hadir. Beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk datang pada tahun berikutnya dan akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia,” jelas Anwar dalam taklimat khas media malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengesahkan Pemangku Presiden Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, juga tidak akan menghadiri persidangan tersebut.

Beliau menegaskan ASEAN kekal dengan pendiriannya terhadap Konsensus Lima Perkara bagi menangani krisis politik di Myanmar.

Mengenai isu antarabangsa, Anwar menyatakan penghargaan terhadap sokongan proaktif Jepun dalam usaha membina semula Gaza.

Beliau menekankan kepentingan kerjasama ini yang disalurkan melalui kerangka Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA).

“Saya berharap perkara ini dapat dibincangkan dengan Perdana Menteri Jepun yang baharu, Sanae Takaichi. Kami telah mencapai kesepakatan dan kini sedang bersama-sama melaksanakannya,” ujarnya.

“Perkara ini wajar dihormati dan diberi perhatian bahawa Jepun benar-benar serius dalam usaha membantu pembinaan semula Gaza,” tambahnya.

Isu jenayah siber rentas sempadan juga akan kembali dibangkitkan dengan serius dalam sidang kemuncak ini.

Anwar menyatakan bahawa pemimpin serantau akan memperkukuh tindakan bersama bagi menangani ancaman yang semakin membimbangkan ini.

“Isu ini telah dibincangkan dalam mesyuarat dua hala dan serantau. Hal ini akan dibangkitkan sekali lagi kerana ia memberikan kesan langsung terhadap kestabilan, kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rantau kita,” tegasnya.

Perdana Menteri juga dijangka mengadakan beberapa perbincangan dua hala dengan pemimpin dunia lain bagi membincangkan isu perdagangan, keselamatan serantau dan kerjasama bantuan kemanusiaan sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung.

Berita berkaitan
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
6 jam lalu· Isu semasa
Kedudukan CPI Malaysia meningkat, usaha lawan rasuah tunjuk hasil: Anwar
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar minta kerajaan negeri patuh keputusan berhubung isu rumah ibadat tak sah
February 10, 2026· Isu semasa
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
February 9, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
6 jam lalu · Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
6 jam lalu · Isu semasa
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
16 jam lalu · Isu semasa
SPRM nafi laporan Bloomberg terhadap Azam Baki, sifatkan sebagai mengelirukan
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok