Rafizi dakwa serangan ke atas keluarganya sebagai amaran untuk diam

August 13, 2025 · Politik

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mendakwa serangan ke atas anak dan isterinya di Putrajaya petang semalam merupakan satu bentuk amaran untuk menyekatnya daripada terus bersuara lantang dalam isu tertentu.

Dalam kenyataan hari ini, bekas Timbalan Presiden PKR itu menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama keluarganya menjadi sasaran serangan seumpama itu sepanjang karier politiknya.

Menurut Rafizi, kejadian berlaku sekitar pukul 1.45 petang semasa anak dan isterinya sedang memasuki kereta mereka di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

“Seorang lelaki tiba-tiba muncul dan menarik anak saya sebelum mencucuknya dengan jarum suntikan. Pemerhatian kami menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal telah mengintai dan mengikuti kereta isteri saya sebelum serangan berlaku,” jelasnya.

Rafizi menggambarkan penyerang sebagai dua lelaki berpakaian serba hitam lengkap dengan topi keledar yang menutup muka sepenuhnya.

“Mereka nampaknya telah merancang dan menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan serangan ini,” tambahnya.

Anak beliau telah segera dibawa ke Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk rawatan lanjut.

Rafizi memaklumkan pihak polis telah tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas insiden tersebut dan kenyataan rasmi telah diambil.

“Walaupun saya akan meningkatkan langkah keselamatan keluarga, saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugatan. Saya akan terus menjalankan tanggungjawab seperti biasa,” tegas Rafizi dengan penuh semangat.

Beliau meminta orang ramai merujuk kepada pihak polis dan Hospital UPM untuk sebarang maklumat rasmi berkenaan siasatan dan keputusan pemeriksaan perubatan.

“Ribuan terima kasih kepada PDRM dan Hospital UPM atas bantuan mereka dalam menangani kejadian ini,” ujar Rafizi mengakhiri kenyataannya.

Kejadian ini menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan ahli politik dan keluarga mereka, terutamanya yang sering menyuarakan isu-isu sensitif.

Berita berkaitan
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
6 jam lalu· Politik
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
8 jam lalu· Politik
Dua aktivis peserta himpunan Garah disiasat bawah Akta Hasutan
February 8, 2026· Isu semasa
Polis tahan peserta himpunan bantah rumah ibadat tak sah di Sogo
February 7, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
3 jam lalu · Politik
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
6 jam lalu · Politik
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026 · Politik
Kebebasan bersuara ada had, jangan sampai timbul kegusaran: Fahmi
February 8, 2026 · Politik
Kemenangan 40 kerusi UMNO di Johor perlu dipertahankan: Mat Maslan
February 8, 2026 · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok