Rafizi dan rakan MP PKR desak penubuhan RCI berhubung institusi kehakiman

July 7, 2025 · Politik

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) (RCI) berhubung isu reformasi institusi dan ketua hakim negara digesa ditubuhkan, ia ekoran wujud kemelut dalam sistem perundangan negara yang menimbulkan kebimbangan.

Gesaan penubuhan RCI dibuat Ahli Parlimen (MP) Pandan, Rafizi Ramli bersama lapan wakil rakyat PKR lain yang menyatakan beberapa maklumat yang kini tular perlu dijelaskan segera bagi mengelakkan krisis kepercayaan terhadap kerajaan dan institusi kehakiman.

“Kita akan memohon prosiding dijalankan jawatan kuasa khas antara lain bagi memanggil Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi memberi keterangan kerana soal lantikan ketua hakim negara mengikut Perlembagaan adalah di bawah perdana menteri.

“Ia bukannya dari Kabinet, jadi tiada yang boleh menjawab kecuali perdana menteri. Saya akan menulis secara rasmi kepada pengerusi jawatan kuasa dan setiap anggota,” katanya pada sidang media khas di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang, Puchong Jaya hari ini.

Rafizi berkata, kemelut berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman perlu diberi perhatian segera kerana situasinya kini dilihat mirip skandal video VK Lingam pada 2007, yang membabitkan cubaan mempengaruhi lantikan ketua hakim negara ketika itu.

Sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Dua lagi ahli Parlimen PKR yang tidak hadir namun menyokong pendirian berhubung reformasi institusi kehakiman itu ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebagai ahli Parlimen adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kebebasan institusi kehakiman dan pengasingan kuasa di antara tiga cabang Kerajaan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Sehubungan itu, Rafizi memaklumkan akan menggerakkan satu kempen dalam kalangan ahli parlimen untuk mendapat sokongan dari seberapa banyak ahli Parlimen pelbagai parti untuk menuntut perkara (a), (b) dan (c).

“Kami juga akan gerakkan forum awam di seluruh negara untuk memberi kesedaran dan mendapatkan sokongan rakyat bagi perkara (a), (b), (c) dan (d).

“Forum awam yang pertama akan bermula di Kuala Lumpur/ Selangor pada Ahad, 13 Julai jam 8.3 malam sebelum bergerak ke bandar-bandar utama seluruh negara,” jelasnya maklumat lanjut mengenai forum akan diumumkan kemudian.

Berita berkaitan
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
5 jam lalu· Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
9 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
10 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
10 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok