Rafizi Ramli.
Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, digesa supaya berhenti menuding jari terhadap pihak lain berhubung kelemahan pelaksanaan dasar, sebaliknya melakukan muhasabah diri bagi memulihkan keyakinan rakyat.
Pengerusi Biro NGO Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Michael Sia Wei Lung, berkata Rafizi perlu tampil memberi penjelasan jujur mengenai beberapa inisiatif yang pernah diterajui sebelum ini, termasuk isu penggunaan dana kerajaan yang didakwa mencecah ratusan juta ringgit tetapi masih belum memberi kesan ketara kepada rakyat.
“Retorik yang selama ini dilaungkan ternyata tidak diterjemahkan menjadi impak sebenar dalam kehidupan rakyat,” katanya dalam kenyataan sambil menambah beberapa inisiatif utama menunjukkan kelemahan dari segi pelaksanaan dan keberkesanan.
Michael yang juga Ketua Cabang Keadilan Maran turut mengkritik pendekatan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), yang menurutnya menggunakan naratif berunsur tekanan terhadap rakyat.
Beliau mendakwa pendekatan yang mengaitkan pendaftaran dengan kemungkinan kehilangan bantuan kerajaan adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan kepercayaan awam.
“Gaya kepemimpinan seperti ini akhirnya menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pengurusan ekonomi negara,” katanya.
Pada masa sama, beliau menyentuh penampilan Rafizi menerusi sebuah podcast baru-baru ini yang didakwa menyalahkan pelbagai pihak tanpa menjawab isu asas yang dibangkitkan.
Mengulas sentimen semasa, Michael berkata sokongan di peringkat akar umbi terhadap kepemimpinan Rafizi dilihat semakin merosot.
Katanya, kepemimpinan seharusnya dinilai melalui keupayaan memikul tanggungjawab dan menghasilkan keputusan yang nyata, bukan sekadar populariti atau retorik.
“Sudah tiba masanya beliau berhenti menyalahkan pihak lain,” katanya.
Untuk rekod, Rafizi sebelum ini dikenali sebagai antara tokoh utama dalam PKR yang sering membawa isu tadbir urus dan ketelusan kewangan, selain memainkan peranan penting dalam beberapa dasar ekonomi kerajaan selepas perubahan politik negara.
Namun, kritikan terhadap keberkesanan pelaksanaan dasar terus menjadi perhatian dalam kalangan pemerhati politik dan rakyat.
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera
Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula
PKR tak lindung pihak salah guna kuasa: Fahmi
PKR Bukit Bintang bidas Rafizi supaya muhasabah diri, henti serang parti
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan