RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini

July 27, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang tindakan susulan hasil penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji perlu melalui proses perundangan tanpa campur tangan mana-mana pihak, termasuk dirinya.

Menurut beliau, kerajaan dijangka membuat keputusan berhubung perkara itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu selepas laporan RCI diteliti.

“Mudah-mudahan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita ada keputusan. Ada laporan,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin hari ini.

Anwar menjelaskan sistem perundangan negara telah menetapkan peranan setiap institusi secara jelas, bermula daripada badan penyiasat, Jabatan Peguam Negara sehingga mahkamah yang membuat keputusan.

“Sistem kita menetapkan siasatan dibuat oleh badan penyiasat, pendakwaan oleh Peguam Negara dan hukuman diputuskan oleh hakim. Itu bukan urusan Perdana Menteri,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan integriti dalam pentadbiran awam menjadi asas penting untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara terus terpelihara.

“Saya bangkitkan perkara ini kerana bagi saya, negara tidak mungkin dapat mempertahankan keamanan sekiranya mereka yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat akhirnya mengkhianati amanah tersebut,” katanya.

Anwar turut memberi jaminan kerajaan akan terus mempertahankan prinsip tadbir urus yang baik dengan memastikan setiap dakwaan salah laku disiasat secara telus dan diputuskan mengikut lunas undang-undang, tanpa dipengaruhi kepentingan politik.

Isu Tabung Haji kembali menjadi perhatian selepas Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi meneliti dakwaan berkaitan pengurusan institusi itu pada masa lalu.

Penubuhan RCI bertujuan meneliti fakta serta mengemukakan syor kepada kerajaan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.

Kenyataan Anwar itu dilihat memberi isyarat kerajaan menyerahkan sepenuhnya tindakan susulan kepada institusi yang dipertanggungjawabkan, dengan sebarang pendakwaan atau hukuman hanya dibuat mengikut proses undang-undang yang ditetapkan.

Berita berkaitan
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
9 jam lalu· Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
10 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
6 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
7 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
7 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
7 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok