Reformasi Kehakiman: Langkah pemisahan Peguam Negara, Pendakwa Raya masuk fasa kedua

December 10, 2025 · Isu semasa

Agenda pemisahan peranan antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya kini memasuki fasa kedua yang kritikal, dengan fokus terhadap pemantapan struktur institusi dan kemungkinan pindaan perlembagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, mengumumkan perkembangan itu selepas Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan model pemisahan penuh seperti yang dirumuskan dalam Laporan Akhir Kajian Komparatif.

Laporan itu diserahkan kepada Pasukan Petugas Khas Teknikal yang diketuai timbalannya, M Kulasegaran.

“Laporan itu merumuskan hasil kajian komprehensif merangkumi perbandingan amalan terbaik antarabangsa dan pandangan lebih 7,000 responden,” jelas Azalina melalui satu kenyataan.

“Pelaksanaan fasa kedua ini bagi memastikan pelaksanaan agenda reformasi ini berjalan secara menyeluruh dan berkesan,” tambahnya.

Keputusan untuk memisahkan kedua-dua jawatan berkenaan dibuat kerajaan pada 10 September lepas, dengan matlamat mewujudkan kedua-dua portfolio itu secara berasingan dan setara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Fasa kedua ini akan meneliti keperluan pindaan undang-undang sedia ada serta penggubalan undang-undang baharu bagi menyokong struktur baharu itu.

Perbincangan teknikal telah diadakan dengan melibatkan wakil parlimen dan pakar undang-undang, termasuk Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab.

Azalina menekankan bahawa langkah ini melambangkan komitmen serius kerajaan.

“Langkah ini mencerminkan komitmen utuh dan tekad politik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh kebebasan, integriti dan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” ujarnya.

Inisiatif reformasi berkenaan diharap dapat meningkatkan ketelusan dan kepercayaan awam terhadap institusi keadilan di negara ini, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

Berita berkaitan
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
10 jam lalu· Politik
Penggantungan dua pegawai kanan Negeri Sembilan dipertikai, AG tegaskan kekal bertugas
10 jam lalu· Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
September 21, 2026· Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
September 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar kehilangan abang tercinta, mohon doa buat Idrus Ibrahim
1 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.7 peratus tahun ini: Firma
1 jam lalu · Isu semasa
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
4 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus terbuka pelaburan teknologi China: Anwar
4 jam lalu · Isu semasa
Eksploitasi seksual kanak-kanak: MCMC, PDRM tingkat kerjasama
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok