Dr Muhamad Akmal Saleh.
Cadangan supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki direhatkan sementara dilihat sebagai langkah paling bertanggungjawab ketika siasatan sedang berjalan bagi menjaga integriti institusi berkenaan.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata tindakan itu adalah amalan biasa dalam mana-mana organisasi yang menitikberatkan integriti pentadbiran.
Menurutnya, langkah tersebut bukan hukuman, sebaliknya langkah pentadbiran bagi mengelakkan persepsi konflik kepentingan.
“Perlu diingat, ini bukan hukuman tetapi langkah pentadbiran bagi mengelakkan persepsi campur tangan atau konflik kepentingan. Jika tidak bersalah, rehat sementara bukan sesuatu yang perlu ditakuti,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Sebelum ini, kerajaan melantik Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham melibatkan Azam.
Bagaimanapun, Azam dilaporkan menyatakan beliau tidak perlu bercuti sepanjang tempoh siasatan berlangsung.
Akmal turut menegaskan bahawa proses undang-undang perlu berjalan tanpa kompromi.
“Rakyat hari ini bukan sekadar mahu melihat rasuah dibanteras, tetapi mahu melihat bagaimana ia dibanteras. Ketelusan bukan pilihan, ia adalah keperluan,” katanya.
Beliau juga mencadangkan agar jawatankuasa siasatan dipantau badan bebas seperti jawatankuasa Parlimen dwipartisan atau tribunal bebas bagi memastikan keputusan siasatan diyakini telus dan adil.
Akmal menegaskan bahawa integriti institusi lebih penting daripada mempertahankan individu.
Katanya, jika proses siasatan sendiri diragui, maka apa juga keputusan akhirnya akan terus dipersoalkan oleh rakyat.
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi